AWAS ! Ini Taktik Licik PERDAYA Bakal Penyewa Rumah. Mangsa Kerugian Ribuan Ringgit !!!

| August 9, 2017 | 0 Comments

AWAS ! Ini Taktik Licik PERDAYA Bakal Penyewa Rumah. Mangsa Kerugian Ribuan Ringgit !!! | Di zaman yang serba moden ini, ramai orang yang suka mengambil kesempatan dengan cara menipu. Semakin bijak manusia semakin licik cara mereka menipu. Ini merupakan perkongsian berguna daripada saudara Aziz ahmad tentang bagaimana seorang penipu berjaya memperoleh keuntungan ribuan ringgit dengan menipu penyewa rumah.

“Mamat ni iklan rumah untuk disewa dalam internet. Harga sewanya memang jauh lebih rendah daripada yg lain-lain. Orang lain semua iklan dalam RM1,500 tapi dia iklankan RM1,000. Siap fully furnished. Kalau tengok gambar, mesti meleleh punye. Saper tak nak rumah bagi sewa murah siap dengan sofa, TV, mesin basuh, peti ais, katil, almari kan ?

Prospek penyewa ni pun terus angkat tepon dan call mamat ni. Mamat ni memperkenalkan diri sebagai tn rumah dan dia kata dia memang nak bagi harga murah sebab dia nak tolong org.

Prospek ni terus buat appointment laju2 takut org lain rembat dulu rumah cun dan murah ni.

Tiba waktunya, prospek datang dengan anak dan bininya nak tengok rumah tu. Fuhh… memang cun. Rumah sejuk pulak tu sebab semua aircond dan kipas mamat tu dah pasang awal2. Semua ada. Pendek kata, masuk basuh kaki ajer la.

Prospek tengok bini dan anak2 dah cop katil masing2 dan hati memang dah berkenan sangat2 dah ni. Kira jadi lah.

Selepas berbincang, mamat tu kata… ok kalau jadi, prospek kena la taruk deposit dulu sebagai tanda jadi dan dia tak perlu bagi org lain lagi.

Depositnya 2 + 1 bulan + 1/2 bulan utiliti. Sewa RM1,000 sebulan. Jadi jumlah deposit RM3,500. Prospek setuju. Terus dia bayar deposit.

Mamat tu kata dia belum duplicate kunci. Bagi dia masa sehingga hari lusa utk dia duplicate kunci dan dia akan serahkan kepada prospek dan prospek blh masuk rmh tu.

Dua hari lepas tu, prospek call mamat tu tapi tak angkat. Whatsapp pun tak berbalas. Hari ketiga nombor tu sudah tidak dapat dihubungi. Hari keempat prospek pergi ke rumah tu. Dia tengok macam ada org masuk rumah tu sebab ada kasut kat luar pintu. Tapi bila ketuk pintu takder org menjawab dan bukak pintu.

Tak lama lepas tu ada satu keluarga lagi sampai kat rumah tu. Tanya punye tanya, rupa2nya keluarga tu pun cari mamat yg menyewakan rumah tu. Kenapa diorang nak cari mamat ni ? Siasat punye siasat, keluarga tadi pun dah bayar sewa kepada mamat tu rupanya. Lorrr… Dah kena tipu la ni.

Mereka buat report polis kata mereka dah ditipu oleh mamat tadi. Polis kata mereka adalah org keempat dan kelima yg buat report yg sama.

Bagaimana mamat ni menipu mereka ni?

Minggu sebelumnya, mamat ni tengok satu iklan homestay cantik. Dia amik gambar rumah tu dan iklankan rumah utk disewa di internet dengan harga yg jauh lebih murah daripada pasaran.

Bila dapat pertanyaan daripada prospek penyewa, mamat ni pun buat appointment. Mamat ni pun pi sewa homestay ni
daripada pengusaha homestay selama dua hari dengan bayaran RM200 sehari. Jadi mamat ni bayar RM400 utk dua hari.
Dalam masa 2 hari mamat ni bawak prospek dan berjaya amik deposit daripada 5 org prospek dengan deposit RM3,500 seorang.

Dalam masa 2 hari, mamat ni dah collect RM17,500 deposit sewa. Modalnya hanya RM400. Blah dan MAKAN BESAR.”

Sumber:- Aziz Ahmad

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *