Wanita 3 Anak Berniaga Nasi RM1, Ini Sebab Yg Buat Orang Ramai Beratur Panjang !!!

| July 30, 2017 | 0 Comments

Wanita 3 Anak Berniaga Nasi RM1, Ini Sebab Yg Buat Orang Ramai Beratur Panjang !!! | Orang Malaysia sangat dikenali sebagai masyarakat yang sangat pemurah dan baik hati, tengok jer orang yang dalam kesusahan, masyarakat kita tak akan segan silu untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

Seorang pengguna Facebook, Lynn Ahmad yang kebetulan berada di stesen minyak di Ampang ternampak seorang peniaga yang menjual nasi lemak berharga RM1 sahaja. Namun, bukan harga nasi lemak tersebut yang telah menarik perhatian wanita itu tetapi penjualnya.

Gigih menjual nasi lemak di bawah panas terik sambil menjaga 3 orang anaknya Lynn tersentuh hati apabila wanita penjual nasi lemak itu.

“Sedih tengok kak ni dengan 3 orang anak dia datang niaga. Akak ni dengan niaga, dengan nak kawal anak lagi.”

Semua anaknya masih kecil lagi tetapi tetap sabar dan tidak banyak kerenah menemani ibu mereka yang sedang mencari rezeki untuk menampung keluarga.

“Nasib la anak akak ni baik duduk tepi tu, jalan raya kan bahaya kalau buas-buas tapi mereka baik je tiap petang aku lalu mesti duduk baik je tepi tu tunggu mak dia niaga.”

Sebagai seorang ibu, Lynn sangat memahami apabila melihat kegigihan seorang wanita yang bekerja sambil menjaga anak pada waktu yang sama memang amat menyentuh hatinya.

“Aku yang kawal dua orang anak bawak kedai pun letih. Faham sangat perasaan tu. Penat tak terkata.”

Lynn sangat menggalakkan orang ramai supaya membeli nasi lemak tersebut dengan niat untuk membantu meringankan beban peniaga tersebut di stesen minyak Petronas MRR2 berdekatan Tesco Ampang.

Dengan bantuan orang ramai, kisah peniaga tersebut tersebar luas di media sosial sehingga dikongsi oleh sebuah portal berita yang mendapat 22,360 perkongsian setakat ini. Seorang pengguna Twitter juga berkongsi maklumat terkini tentang perniagaan tersebut mengatakan Petronas bakal membeli nasi lemak peniaga itu dan menjualnya di stesen minyak yang berdekatan.

Sumber:- LobakMerah

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: kisah viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *