Inilah Punca SEBENAR Kenapa Ustaz Larang Pasang AYAT RUQYAH Ketika Dlm Kereta, Jangan TERKEJUT !!!

| July 30, 2017 | 0 Comments

Inilah Punca SEBENAR Kenapa Ustaz Larang Pasang AYAT RUQYAH Ketika Dlm Kereta, Jangan TERKEJUT !!! | Agak viral mengenai tulisan artikel yang melarang memasang ayat-ayat Ruqyah di dalam kereta. Insya-Allah saya akan huraikan sedikit dan jelaskan mengenai salah faham yang berlaku.

1. Hukum Asal Membaca atau Memasang Ayat Ruqyah
Pada asalnya, hukumnya adalah sunat seperti mana hukum membaca dan memasang ayat al-Quran, kerana ayat-ayat Ruqyah terdiri dari ayat al-Quran juga.

2. Perubahan Status Satu Ibadah Mengikut Lokasi dan Tempat
Namun, hukumnya boleh berubah mengikut keadaan. Ibadah seperti bacaan al-Quran, solat dan puasa, ada ketikanya boleh menjadi haram mengikut waktu dan lokasi. Contohnya, bacaan al-Quran adalah haram dibaca di tandas dan oleh makmum sewaktu khatib membaca khutbah.

3. Hukum Membaca Ayat Al-Quran di dalam kenderaan.
Membaca al-Quran sewaktu di dalam kenderaan adalah harus. Berdasarkan hadis dari Abdullah bin Mughaffal r.a yang berkata,

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ وَهْوَ يَقْرَأُ عَلَى رَاحِلَتِهِ سُورَةَ الْفَتْحِ‏

“Aku melihat rasulullah s.a.w pada hari pmbebasan kota Mekkah dan beliau saat itu membaca surah al-Fath di atas tunggangannya” (Bukhari & Muslim)

Begitu juga hukumnya kepada ayat-ayat Ruqyah yang juga merupakan ayat-ayat al-Quran

4. Bagaimana Hukumnya Sekiranya dengan Membaca Al-Quran Itu Membahayakan Nyawa?
Menjaga nyawa adalah wajib, sedangkan membaca al-Quran atau Ruqyah itu adalah sunat yang sangat dituntut.

Sekiranya dikhuatiri boleh membahayakan nyawa, adalah lebih baik untuk menunda bacaan al-Quran atau Ruqyah tersebut dalam keadaan yang lebih baik.

Kenapa saya kata begini?

Kerana ada beberapa kes yang saya sendiri hadapi, apabila seseorang yang mudah kerasukan terkena gangguan jin, apabila mendengar bacaan Al-Quran di dalam keretanya, menyebabkan dia dirasuk dan hilang kawalan terhadap kenderaan, nyaris menyebabkan dia kemalangan.

Ada juga berlaku kepada penumpang yang kerasukan, bergegas cuba buka pintu kereta dan ingin melompat keluar dari kereta.

Dalam situasi ini, adalah baik sekiranya dia tangguhkan dulu amalan membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran di dalam kereta.

5. Salah Faham Yang Berlaku
Ada beberapa salah faham yang berlaku disebabkan penyebaran artikel sebegini, dan saya akan huraikan jawapan kepada setiap salah faham tersebut satu persatu.

i. Larangan membaca / mendengar ayat Ruqyah ini terkena kepada semua orang

Ia salah. Hanya minoriti manusia sahaja yang ada kecenderungan untuk kerasukan. Berapa peratusnya saya tidak tahu, kerana tidak pernah dibuat kajian oleh mana-mana pihak, namun ia cukup kecil.

Walaupun saya berurusan dengan banyak kes-kes gangguan, saya sampai boleh ingat dan bilang dengan tangan sahaja mereka yang ada potensi kerasukan.

Oleh itu, kenal pasti diri anda dulu, sama ada anda ada sejarah terkena kerasukan atau tidak. Kalau tidak ada, maka tiada masalah bagi anda.

ii. Ayat Ruqyah berbeza dengan Ayat Al-Quran

Dari banyak komen yang saya baca, ada juga yang sehingga menasihati, agar jangan dipasang ayat Ruqyah sahaja, tapi ayat al-Quran lain itu boleh.

Ini merupakan suatu yang keliru, kerana sama sahaja ayat Ruqyah, yang merupakan ayat Al-Quran juga. Dan sehingga ini, masih tiada panduan yang tepat boleh mengatakan ayat Al-Quran mana yang bukan ayat Ruqyah. Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan seluruh atau hampir semua Al-Quran itu boleh digunakan untuk Ruqyah.

iii. Memasang Ayat Ruqyah Menganggu “Makhluk-makhluk Lain” di sepanjang perjalanan

Ada juga komentar yang sebegini, mengatakan bila kita membawa kenderaan yang dipasang ayat Ruqyah atau al-Quran, kita menganggu ciptaan Allah yang lain, menyebabkan jin-jin marah dan menganggu kita.

Sesungguhnya ini adalah tuduhan yang sangat berat, kerana Al-Quran itu digunakan untuk menarik minat manusia dan jin untuk belajar mengenai Islam. Bagaimana mungkin ayat al-Quran yang penuh dengan Rahmah dari Allah, kebaikan dan manfaat yang terlalu banyak, yang telah menyebabkan jutaan manusia dan jin memeluk agama Islam, menyebabkan bangsa jin itu berang bila mendengar al-Quran.

Kalau berlaku, ia bukanlah disebabkan al-Quran, tapi oleh peribadi seseorang itu sendiri. Yang juga, agak jarang. Malah musuh-musuh Islam pada zaman Rasulullah s.a.w juga amat kagum dengan al-Quran, meskipun mereka memilih untuk tidak menganut agama Islam.

Perhatikan firman Allah,

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku bahawa: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan” (Surah al-Jin, 1)

Adalah satu kezaliman mengatakan Al-Quran ini merupakan suatu yang memudaratkan. Walaupun kepada bangsa Jin, kerana ada beberapa kes dari hadis Nabi s.a.w memuji bangsa jin kerena kelembutan hati mereka terhadap al-Quran.

6. Kesimpulan
Kesimpulannya, anda boleh membaca atau mendengar ayat-ayat Ruqyah di dalam kenderaan, kecuali apabila anda antara mereka yang mudah kerasukan.

Sekiranya anda berada dalam golongan itu, jangan bersedih, dan anggaplah itu sebagai petunjuk dari Allah. Iaitu sebagai petanda yang anda sedang ada penyakit, dan berusahlah untuk merawatnya. Insya-Allah setelah sembuh, anda juga boleh mendengar dan membaca ayat-ayat Ruqyah di dalam kendereaan seperti orang lain.

Itulah yang saya biasanya lakukan. Saya tidak menjadikan larangan membaca ayat al-Quran di dalam kenderaan sebagai satu larangan yang kekal, tetapi hanya sebagai nasihat bersifat sementara. Saya juga menyarankan dia baiki amalan-amalan yang lain, berusaha hilangkan gangguan sepenuhnya, sehinggalah dia mampu mendengar atau membaca ayat al-Quran seperti biasa.

Dan bila dia mampu, ketahuilah, itu petanda yang cukup bagus bahawa dia sudah sembuh! Alhamdulillah.

Sumber;- Ukhwah.net

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *