Rakan Karib Michael Jackson DEDAH Nota RAHSIA Yang Diserahkan Kepadanya Oleh MJ Seminggu Sebelum Kematiannya !!!

| May 7, 2017 | 0 Comments

Rakan Karib Michael Jackson DEDAH Nota RAHSIA Yang Diserahkan Kepadanya Oleh MJ Seminggu Sebelum Kematiannya !!! | Michael Jackson sudah meramalkan yang beliau akan dibunuh dalam nota tulisan tangan yang telah diberikan kepada rakannya seminggu sebelum ditemui mati kerana mengambil dadah berlebihan pada tahun 2009.

Nota tulisan tangan itu meningkatkan lagi kepercayaan ramai, termasuk anak perempuan Jackson, Paris dan adiknya La Toya, bahawa Raja Pop itu telah dibunuh.

Dalam 13 mesej, beliau  ada menyatakan: ‘Mereka cuba untuk membunuh saya’ dan ‘saya bimbangkan keselamatan diri saya’.

kewujudan nota tulisan tangan itu telah mendedahkan buat kali pertama oleh ahli perniagaan Jerman Michael Jacobshagen, 34 – yang merupakan sahabat Michael Jackson selama dua dekad, dalam temu bualnya bersama Daphne Barak dalam rancangan TV Australia Sunday Night.

Jacobshagen memberitahu Barak bagaimana dia mendapat panggilan daripada Jackson dalam keadaan menangis di tempat persembunyian jackson di Las Vegas. Waktu itu Jackson dalam persediaan jelajah beliau di London O2 tetapi merayu rakannya itu untuk terbang dari Jerman ke Amerika Syarikat untuk bersamanya.

‘Beliau dalam keadaan emosi mengatakan, ‘Mereka akan bunuh saya( Jackson), ” kata Jacobshagen. Selepas dia bertemu dan menghabiskan masa tiga hari dengan Jackson, Jackson menyerahkan sebuah nota kepada Jacobshagen. Jacobshagen berkata bahawa nota itu tertulis ‘mereka’ cuba membunuh Jackson.

Penyanyi itu tidak pernah menjelaskan siapakah ‘mereka’ yang dimaksudkan tetapi beberapa nota merujuk kepada promoter konsert AEG, yang menganjurkan konsert di London yang bakal dilangsungkannya itu.

Salah seorang berkata: ‘AEG. Memberikan saya tekanan … saya bimbang akan nyawa saya.

Penyanyi itu ditemui mati selepas beberapa minggu kemudian.

Punca rasmi kematian adalah mengambil propofol sedatif berlebihan. doktor peribadinya Conrad Murray yang berkhidmat selama dua tahun dihukum penjara empat tahun selepas didapati bersalah kerana melakukan “pembunuhan sukarela” dengan memberikan dos berlebihan kepada Jackson.

Paris, Anak perempuan Michael Jackson

Tetapi Jacobshagen mendakwa Jackson telah menggunakan propofol selama lebih daripada satu dekad untuk merawat insomnia beliau.

Dia berkata dia telah mendedahkan nota-nota itu sebagai sokongan kepada anak Jackson Paris, 19, yang baru-baru ini mendakwa bapanya telah dibunuh. temubual akan disiarkan pada bulan depan di Australia, Amerika Syarikat dan lain-lain tempat pada waktu yang bertepatan dengan ulang tahun kematian Raja Pop itu.

Michael Jackson di Neverland Ranch pada tahun 1995

Sumber:- Dailymail

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: kisah viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *