Ini Pesanan TERAKHIR Norizman Kepada Isteri Sehari Sebelum MAUT Dalam Kemalangan !!!

| May 7, 2017 | 0 Comments

Ini Pesanan TERAKHIR Norizman Kepada Isteri Sehari Sebelum MAUT Dalam Kemalangan !!! |KEMAMAN – Bintang sukan permotoran negara, Norizman Ismail, 32, sempat memberi pesanan akhir kepada isterinya supaya menghantar anak sulung mereka belajar di sekolah tahfiz.

Norizman, yang juga pelumba Yamaha ONEXOX TKKR Racing memberitahu perkara itu kepada isterinya, Nurul Aida Adha Radhuan, 27, sehari sebelum maut dalam kemalangan di litar perlumbaan Bandar Baru Kijal, petang kelmarin.

Nurul Aida berkata, dia agak terkejut ketika suaminya menyuruhnya hantar anak mereka, Muhammmad Rizman Irfan Norizman, 7, ke sekolah tahfiz kerana sebelum ini Allahyarham hanya mahu anak mereka bersekolah aliran biasa.

“Walaupun terkejut sebab arwah ubah fikiran secara tiba-tiba, tapi saya sangat setuju dengan permintaannya demi masa depan anak kami juga.

“Arwah juga ada tunjuk sikit perubahan sikap dua minggu lalu,” katanya yang tidak menyangka kelainan sikap itu petanda suaminya pergi buat selamanya.

Pada perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017, Nurul Aida bersama anak-anaknya turut datang menemani Allahyarham Nurizman.

Nurul Aida berkata, ketika kemalangan menimpa suaminya, dia bersama tiga anak mereka berada di tempat penginapan mereka di sebuah hotel di bandar Chukai.

Katanya, dia mengetahui suaminya terlibat dalam kemalangan selepas menerima panggilan telefon daripada rakan Allahyarham, kira-kira jam 4 petang.

“Arwah suami juga dah janji nak bawa kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran di bandar Chukai lepas jalani sesi ujian masa,” katanya yang reda dengan ketentuan Tuhan.

Proses bedah siasat ke atas mayat mangsa dilakukan kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Sumber:- Sinar Harian

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: kisah viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *