Selepas Pembedahan Tangan Kanan, Doktor Sahkan Keadaan Adik Thaqif Semakin MEMBIMBANGKAN !!!

| April 24, 2017 | 0 Comments

Selepas Pembedahan Tangan Kanan, Doktor Sahkan Keadaan Adik Thaqif Semakin MEMBIMBANGKAN !!! | JOHOR BAHRU – Keadaan pelajar madrasah tahfiz yang cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, selepas dipercayai dipukul seorang pembantu warden semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya semalam.

Ibu saudara pelajar berumur 11 tahun itu, Nurul Nabila Ahmad, 30, berkata, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie yang kini ditempatkan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) masih dalam keadaan kritikal, namun bengkak pada mukanya sudah surut selepas menjalani dialisis.

Nurul Nabila berkata, keluarga mereka turut dimaklumkan doktor bahawa pembedahan tangan kanan Mohamad Thaqif Amin yang dilakukan semalam bagi membuang darah beku menunjukkan hasil positif dan berkemungkinan besar tangan tersebut dapat diselamatkan.

“Kami dinasihati doktor sebelum ini untuk memotong tangan kanan tersebut tetapi kami tidak bersetuju. Buat masa ini tangan itu masih dipantau selama 48 jam mulai semalam sehingga pagi esok,” katanya yang ditemui pemberita di lobi HSI di sini hari ini.

Menurut Nurul Nabila, Mohamad Thaqif Amin yang merupakan anak ketiga dari lima beradik kini belum sedarkan diri atau memberi sebarang respon sejak pembedahan terhadap lengan kanannya semalam.

Mengenai darah beku di lengan kiri pula, Nurul Nabila berkata doktor sudah memberikan ubat bagi mencairkan darah dan memantau keadaan lengan tersebut.

Nurul Nabila turut menafikan cakap-cakap bahawa anak saudaranya itu pernah diberikan ubat tahan sakit untuk kegunaan wanita bersalin serta menerima rawatan tradisional sebelum dirujuk ke hospital.

Kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke HSI Rabu lepas, menjadi tular di media sosial selepas mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Semalam, pembantu warden tersebut direman empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber:-Sinarharian

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *