Perasan Tak Huruf Keyboard Tak Ikut Urutan? Ini Sebabnya Yang Ramai TAK TAHU !!!

| April 24, 2017 | 0 Comments

Perasan Tak Huruf Keyboard Tak Ikut Urutan? Ini Sebabnya Yang Ramai TAK TAHU !!! | Anda pengguna komputer? cuba perhatikan huruf pada keyboard di mana anda menaip segala patah perkataan. Dari kiri ke kanan di bahagian atas , mengapa ia bermula dengan huruf Q,W,E,R,T,Y dan seterusnya. Pernahkah anda terfikir mengapa huruf-hurufnya bercelaru? Kenapa tidak disusun mengikut urutan abjad seperti A,B,C,D,E dan seterusnya? Anda tahu tak, ada sebab mengapa huruf-huruf pada keyboard itu disusun berselerak.

Keyboard pertama kali digunakan untuk mesin taip pada tahun 1868. Ianya dicipta oleh Christopher Latham Sholes. Ketika itu, papan kekunci yang dicipta Christopher menggunakan susunan abjad A,B,C,D,E dan bukannya Q,W,E,R,T,Y seperti hari ini.

Dengan susunan abjad yang betul ia memudahkan para penggunauntuk menaip pada mesin taip. Waktu itu, huruf-huruf pada papan kekunci itu menggunakan tangkai yang apabila ditekan, ia akan mencetak huruf tersebut pada kertas yang dimasukkan ke dalam mesin taip tersebut

Oleh sebab minda para pengguna mesin taip memang sudah hafal susunan abjad ABC maka kerja-kerja menaip jadi mudah dan cepat. Ia menjadikan orang menaip papan kekunci itu terlalu pantas hingga membuat tangkai-tangkai huruf pada mesin itu saling berhimpitan dan membuatnya selalu tersekat. Dan masalah ini yang selalu menyebabkan kerja menaip menjadi tergendala.

Kerana itu, seorang ilmuan bernama E. Remington mencari idea bagaimana hendak melambatkan proses menaip sekali gus cuba mengatasi masalah mesin taip yang selalu rosak angkara masalah tersebut.

Pada tahun 1873, Remington mencetuskan idea dengan  memperkenalkan kombinasi huruf  Q,W,E,R,T,Y. Formula huruf ini pada papan kekunci dianggap sukar dan akan mengurangkan kelajuan tangan pengguna untuk menaip. Ternyata formula Remington berjaya dan ia membuatkan pengguna agak lambat untuk menaip mengikut kombinasi baru itu, sekali gus mengurangkan kerosakan mesin taip ketika itu. Dan kombinasi itu kekal digunakan sehingga ke hari ini.

Sumber:-Mastika Oktober 2015

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *