Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Suara Aneh Lelaki BERTEMPIK Dari Kubur Gemparkan Penduduk Tumpat. Penduduk Ramai² Solat Hajat !!!

| April 7, 2017 | 0 Comments

Suara Aneh Lelaki BERTEMPIK Dari Kubur Gemparkan Penduduk Tumpat. Penduduk Ramai² Solat Hajat !!! | TUMPAT – Bunyi aneh suara nyaring seperti seorang lelaki bertempik yang datangnya dari kawasan tanah perkuburan gemparkan penduduk kampung Cherang Melintang. Suara yang menyeramkan itu didengari seorang penduduk dua minggu lalu ketika berada di rumahnya bersebelahan tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar.

Sejak itu, cerita misteri suara dari kubur mula tersebar dari mulut ke mulut sehingga ada penduduk mula rasa takut dan ada juga yang menganggap ianya cerita tahyul.

Ia juga menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila status misteri suara aneh dari kubur itu dimuatnaik di media sosial semalam.

Mahadi Mat Salleh, 45, berkata tiga kali dia mendengar suara lelaki bertempik yang menyeramkan sehingga bulu romanya meremang.

“Suara itu jelas kedengaran dan amat nyaring bunyinya sehingga mengejutkan saya, tiga kali saya dengar ia bertempik.

“Ketika itu saya berada di belakang rumah kira-kira jam 10 malam kerana mahu mengambil tukul,” katanya.

Bagaimana pun semalam penduduk kampung Cherang Melintang dan beberapa kampung sekitar hadir menunaikan solat hajat dan tahlil di Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal memohon kerahmatan dan keampunan ALLAH susulan kejadian penduduk mendengar suara aneh dari kubur.

Kira-kira 200 penduduk kampung Cherang Melintang, Kampung Ana, Kampung Jal Besar, Kampung Padang Mandol dan Tok Oh hadir solat hajat itu yang diimamkan oleh Guru Pondok Jal Besar, Fadhil Zakaria.

Pengerusi Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar, Che Husien Che Soh berkata, tahlil, solat hajat dan diadakan juga solat dhuha ini sudah lama dirancangkan dan ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna pagi ini.

“Tentang suara ghaib yang didengari penduduk itu, jika benar itu semua kuasa dan hikmah ALLAH S.W.T.

“Ianya boleh ditafsirkan sebagai satu mesej dan peringatan kepada hamba Allah yang masih hidup agar mencari keredhaan, menggandakan amal soleh serta sentiasa mendoakan keampunan ibu bapa dan ahli keluarga yang telah kembali kerahmatullah,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku itu ada hikmah kerana pagi ini ramai ahli keluarga menziarahi pusara, luar biasa pada kelazimannya.

“Saya juga ada umumkan tentang tapak perkuburan yang baru, ianya nanti dapat memuatkan lebih banyak jenazah dan lebih tersusun untuk urusan pengkebumian jenazah di tanah perkuburan ini,” katanya.

Sumber:- SinarHarian

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *