PELIK Teman Wanita Tak Jawab Call, Rupa²nya Teman Wanita “DIKERJAKAN” Rakan Sekerja !!!

| April 7, 2017 | 0 Comments

PELIK Teman Wanita Tak Jawab Call, Rupa²nya Teman Wanita “DIKERJAKAN” Rakan Sekerja !!! | Baru-baru ini seorang gadis dari Singapura telah dirogol dan kes kini dilaporkan masih dalam perbicaraan di mahkamah. Demi membantu, teman lelaki mangsa telah mengambil langkah untuk memberi keterangan tentang perogol semalam.

Pada hari keempat perbicaraan dijalankan, lelaki berkenaan memberitahu bagaimana dia menjejaki telefon bimbit teman wanitanya menggunakan aplikasi pengesan di telefon bimbit selepas wanita itu tidak menjawab panggilannya apabila dihubungi berkali-kali pada hari kejadian.

Menurutnya, sepanjang tiga tahun menjalinkan hubungan, teman wanitanya selalu mudah untuk dihubungi meskipun ketika berlaku perselisihan faham atau pertengkaran di antara mereka.

Pada malam kejadian, teman wanitanya yang juga seorang pelatih praktikal di sebuah syarikat makanan dan minuman berada di Zouk bersama rakan-rakan sekerja.
Dia sendiri mengetahui akan hal itu malah menggalakkan teman wanitanya untuk pergi ke parti tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerja yang mahu pulang ke negara asal di Singapura.

Pada jam 3.15 pagi, wanita itu berhenti membalas mesejnya di Whatsapp membuatkan lelaki itu berasa tidak sedap hati. Pada mulanya, dia menganggap bahawa teman wanitanya itu bersama rakan-rakannya, namun dia kemudian menjadi bertambah risau apabila panggilannya tidak dijawab selepas dihubungi sebanyak tujuh kali.

Ketika waktu menghampiri jam 6 pagi, dia mendapat idea untuk menjejaki teman wanita menggunakan aplikasi Find My iPhone. Dia mendaftar masuk menggunakan akaun teman wanitanya memandangkan mereka berkongsi kata laluan yang sama.
Mengikut GPS, wanita berkenaan berada di Hume Heights jadi tanpa melengahkan masa dia bergegas ke lokasi tersebut.

Ketika sampai di lokasi, baru dia sedari bahawa lokasi itu merupakan rumah rakan sekerja wanita berkenaan, Ong Soon Heng selepas ternampak kereta milik Ong.

Tanpa menunggu lebih lama, dia mengetuk pintu dan seorang lelaki dengan keadaan yang mencurigakan membuka pintu. Apabila ditanya sama ada rumah itu adalah milik Ong, lelaki tersebut panik dan memandang ke arah sebuah bilik di mana pintunya tertutup.

Lelaki itu kemudian membuat panggilan di telefon tetapi tidak dijawab lalu bersetuju membenarkannya masuk ke dalam rumah. Apabila pintu bilik itu dibuka, dia akhirnya menjumpai teman wanitanya dan Ong sedang baring dan berselimut di atas katil.

Ong yang terkejut melihatnya terus melompat bangun dari katil dan berkata dia tidak berbuat apa-apa kepada wanita berkenaan.

Namun, lelaki itu kemudian menyedari bahawa teman wanitanya memakai pakaian lain manakala pakaian yang dipakai sebelum itu digantung menggunakan hanger.

Perkara itu membuatkannya lebih curiga jadi dia dengan segera membantu teman wanitanya untuk bangun dan menyedari bahawa wanita tersebut berada dalam keadaan yang sangat lemah.

Malah, dia terpaksa memimpin wanita itu untuk keluar dari rumah kerana tidak mampu lagi berjalan tanpa bantuan.
Lelaki itu memberitahu di mahkamah bahawa pada ketika itu, teman wanitanya berada dalam keadaan yang sangat mengantuk dan tidur sepanjang di jabatan kecemasan hospital serta di balai polis ketika membuat laporan.

Mahkamah mendapati bahawa selepas ujian darah dilakukan pada 12.45 tengah hari menunjukkan wanita itu mempunyai sejumlah 62mg alkohol bagi setiap 100ml darahnya.

Berdasarkan laporan perubatan, mengikut perkiraan, tahap kepekatan alkohol dalam darah wanita itu ketika berada di rumah Ong adalah di antara 210.50mg dan 254.50mg bagi setiap 100ml darah. Manakala, had undang-undang untuk memandu merupakan 80mg bagi setiap 100ml.

Kes dilaporkan masih dalam siasatan dan hukuman ke atas Ong masih belum ditentukan.

sumber:-Lobak Merah

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *