Doktor Saran GUGURKAN Bayi. Selepas Istikharah Ibu Mimpi Bayi Cakap SESUATU Yang Buat Ibu Tak Jadi GUGUR !!!

| April 7, 2017 | 0 Comments

Doktor Saran GUGURKAN Bayi. Selepas Istikharah Ibu Mimpi Bayi Cakap SESUATU Yang Buat Ibu Tak Jadi GUGUR !!! | BALING – ” Doktor maklum hayatnya tidak akan lama seperti bayi lain,” demikian luahan seorang ibu kepada bayi berusia 13 hari yang mempunyai masalah organ dalaman. Muhammad Hadif Amsyar Mohd Syahid yang mengalami bengkak di kedua bahagian buah pinggang terpaksa bergantung kepada mesin oksigen untuk hidup.

Bayi yang dilahirkan melalui kaedah pembedahan itu juga mempunyai masalah pundi kencing, hati, usus, limpa dan paru-paru.

Ibunya, Siti Nor Aisyah Abdul Ghani,28, dari Kampung Banggol Berangan berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu kini menerima rawatan di Hospital Sungai Petani.

“Buah pinggang kiri dan kanan gagal berfungsi, saluran pundi kencing juga bermasalah dan terpaksa bergantung kepada saluran tiub.

“Doktor juga terpaksa meletakkan beg plastik di bahagian perutnya kerana air kencing selalu keluar melalui tali pusat,”katanya, di sini, hari ini.

Difahamkan, masalah bayi berkenaan dalam perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) Baling.

Menurutnya, kandungannya ketika berusia lima bulan didapati bermasalah dan doktor menyarankan supaya ia digugurkan.

“Sebelum buat keputusan gugur anak, saya buat solat istikharah. Malam sama, saya bermimpi bertemu seorang bayi dan dia meminta agar diberinya peluang untuk hidup.

“Atas keyakinan ia adalah petunjuk daripada ALLAH, niat itu batalkan. Bagaimana sekalipun keadaan anak, dia adalah darah daging sendiri dan akan pelihara sedaya upaya”katanya.

Siti berkata, masalah sistem organ dalaman menyebabkan susu diberi tidak dapat dihadam dengan baik.

“Dia akan muntah semula bila diberi minum susu, sehinggalah semalam doktor tidak benarkan anak diberi susu buat sementara sebab keadaannya yang kritikal,”katanya.

Sementara itu, ayah, Muhammad Syahid Ismail,29, berkata, hatinya hiba dan sebak setiap kali menziarahi anak di hospital.

“Saya tidak dapat tahan air mata daripada mengalir setiap kali lihat Muhammad Hadif. Diharap masyarakat mendoakan anak kami supaya cepat sembuh,”katanya.

Untuk bantuan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional ( BSN) di nombor akaun 02005-41-00008113-7 atas nama Mohd Syahid Ismail.

Sumber:- SinarHarian

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *