Viral Kucing Takutkan Timun. Ini Jawapan Daripada Pakar Haiwan Yang Ramai TAK TAHU !!!

| April 6, 2017 | 0 Comments

Viral Kucing Takutkan Timun. Ini Jawapan Daripada Pakar Haiwan Yang Ramai TAK TAHU !!! | Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling banyak dipelihara oleh manusia di seluruh dunia. Raut wajah yang comel dengan keletahnya yang aktif sememangnya menjadikan kucing ini sebagai haiwan peliharaan kegemaran ramai. Selain itu, kajian juga telah membuktikan bahawa kucing mampu menghilangkan tekanan yang dialami oleh manusia.

Dikenali sebagai haiwan yang memiliki ketangkasan, kuku serta gigi yang tajam untuk menangkap mangsanya, keupayaan melompat dengan ketinggian lima kali lebih tinggi daripada badannya, kucing merupakan haiwan comel yang penuh dengan kemahiran seperti seorang ninja.

Namun, kucing takut pada timun! Mungkin bukan semua kucing takutkan timun tetapi perkara tersebut membuatkan kita berasa ragu-ragu dengan kucing kita. Video mengenai ketakutan tidak terhingga oleh kucing terhadap timun sudah menular di seluruh dunia dan melihat kepada video ini pasti akan membuatkan anda terhibur.

kucing5

kucing4

Namun begitu, menurut pakar, menakutkan kucing dengan sayur tersebut akan memberikan kesan negatif kepada kucing anda.

Menurut Dr. Roger Mugford, seorang pakar tingkah laku haiwan, “Saya rasa reaksi yang diberikan adalah kerana kucing terkejut dengan satu objek yang tidak dikenali diletakkan secara sembunyi ketika mereka sedang menikmati makanan.

kucing6

kucing7

Kucing sentiasa berhati-hati dengan objek-objek yang tidak dikenali. Objek-objek ini mungkin melambangkan ular atau haiwan pemangsa yang lain. Saya rasa jika diletakkan labah-labah mainan, ikan palsu atau topeng muka juga akan memberikan reaksi yang sama oleh kucing”.

Penulis buku Think Like a Cat, Pam Johnson-Bennett pula menyatakan bahawa kucing seringkali menganggap tempat makan mereka sebagai kawasan yang selamat dan selesa. Memandangkan ramai individu mencuba helah dengan meletakkan timun secara senyap ketika kucing sedang makan, ini akan membuatkan kucing tersebut keliru tentang bagaimana sebiji timun boleh berada di tempatnya.

kucing8

kucing9

Mengenakan kucing anda ketika mereka sedang makan boleh mengakibatkan mereka tercekik. Oleh itu, fikir sekali lagi sebelum anda bergurau dengan kucing anda.

Sumber:- Era Baru

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *