Dapat Panggilan Anak Penumpang Sedang Nazak Di Hospital. Tindakan Pemandu Grab Ini Jadi VIRAL !!!

| April 6, 2017 | 0 Comments

Dapat Panggilan Anak Penumpang Sedang Nazak Di Hospital. Tindakan Pemandu Grab Ini Jadi VIRAL !!! | Kasih sayang seorang ibu memang tiada tandingannya, inikan pula ketika anak sedang sakit tenat di hospital dan hanya menunggu masa untuk menghembuskan nafas terakhir. Seorang wanita dari Filipina, Anica Velarde Espinosa berkongsi kisah menyentuh perasaan di Facebook tentang seorang pemandu Grab.

Memetik laporan daripada blog lobak merah, “Anak lelakinya, Sean menghidap leukemia dan dimasukkan ke hospital. Pada hari kejadian, Anica baru sahaja tiba di rumahnya di Cainta selepas pulang dari hospital. Dia kemudian menerima panggilan daripada jururawat yang menjaga Sean memberitahu bahawa kadar pernafasan anaknya itu mula menurun.

Mendengar berita itu, Anica tahu bahawa anak kesayangannya sudah tidak mempunyai banyak masa. Dia yang masih di dalam kereta Grab pada ketika itu terus menghubungi hospital tanpa henti untuk bertanya jika dia sempat sampai sebelum terlambat.

Jururawat yang bertugas memberitahu Anica bahawa dia hanya mempunyai 45 minit sebelum anaknya pergi buat selamanya. Saya hubungi hospital tanpa henti dan bertanya jika saya sempat berjumpa Sean sebelum dia pergi. Jika tidak, saya meminta mereka untuk merakamkan video ketika Sean menghembuskan nafasnya yang terakhir,” kata Anica.

Pemandu Grab berkenaan, Grape Rufon Fernandez terdengar perbualan itu dan terus memecut laju demi Anica yang mahu melihat Sean di saat-saat akhir hayatnya.

Bukan itu sahaja, Fernandez malah memberi isyarat lampu kecemasan supaya pengguna jalan raya yang lain tahu mereka dalam kecemasan dan memberi laluan.

Mereka kemudian berjaya sampai ke hospital yang terletak di Banawe, bandar Quezon dalam masa 32 minit dan Anica sempat mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya. Terima kasih kepada Fernandez!

Selepas kejadian, Anica memuat naik status dan meminta orang ramai untuk share dengan niat Fernandez akan terjumpa dan baca status berkenaan.

Bersama-sama status itu, dia turut muat naik screenshot gambar rating di aplikasi Grab menunjukkan lima bintang rating yang dia berikan kepada lelaki itu.

Akhirnya, mereka berjumpa ketika upacara pengebumian Sean dan Anica tidak melepaskan peluang berterima kasih di atas budi baik Fernandez.

Saya berharap akan ada lebih ramai orang seperti anda,” kata Anica kepada Fernandez.”

Sumber:- Lobak Merah

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *