Dulu Ditinggalkan Di Rumah Anak² Yatim, Kini Apa Yang budak perempuan ini Lakukan Memang Luar Biasa !!!

| March 10, 2017 | 0 Comments

Dulu Ditinggalkan Di Rumah Anak² Yatim, Kini Apa Yang  budak perempuan ini Lakukan Memang Luar Biasa !!!| A’Layah merupakan seorang gadis remaja yang begitu peramah, ceria dan sangat optimis. Gadis yang berasal dari Oklahoma, Amerika Syarikat seringkali membuat orang terpesona dengan perwatakan yang dimiliki ditambah pula dengan senyumannya yang manis.

Namun begitu, di sebalik perwatakannya yang ceria dan senyuman manisnya sebenarnya adakisah duka yang terlindung. Siapa sangka gadis seceria dia sebenarnya pernah ditinggalkan di rumah anak-anak yatim.

Memang tiada siapa yang minta dibiarkan di situ, tetapi dia tiada pilihan lain kerana ibunya sendiri yang meninggalkan mereka di situ.

Sebagai seorang kakak, A’layah berusaha menunjukkan kekuatan dan ketabahannya untuk meneruskan hidup di rumah anak-anak yatim.

Nasib mereka baik kerana tidak lama selepas itu mereka diambil oleh sebuah keluarga yang baik dan akhirnya mereka pun mempunyai keluarga yang baru.

A’layah merupakan budak perempuan yang lain daripada yang lain. Selepas serangan di Oklahoma orang tua angkatnya mendapati bahawa gadis ini agak berbeza dengan remaja-remaja lain.

Ibu A’layah mengatakan bahawa A’layah sangat suka menabung, katanya dia ingin membeli anak patung Barbie.

Tetapi apabila A’layah berjaya mengumpulkan sejumlah wang yang cukup, dia memutuskan untuk pergi ke daerah tempat tinggalnya dahulu yang telah dilanda puting beliung yang telah mengorbankan banyak keluarga.

Menurut cerita ibu A’layah, puting beliung itu telah berlaku tidak lama selepas A’layah menyambut ulang tahun kelahirannya.

A’layah mengatakan kepada ibunya bahawa dia mahu mendermakan semua wang simpanannya kepada keluarga yang terjejas teruk akibat tragedi hitam tersebut. Mereka mula sedar bahawa gadis berusia enam tahun itu memiliki hati sangat suci.

Dia sangat suka membantu orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

Kebaikan hati A’layah tidak berhenti sampai di situ, dia ingin membantu anak-anak yang terpisah dari keluarga mereka kerana bencana itu.

Pengalaman yang dilaluinya telah mengajar dia banyak perkara. Dia dapat merasakan apa yang dialami anak-anak itu kerana dia sendiri pernah mengalaminya suatu ketika dahulu.

A’layah telah membuka gerai menjual jus lemon, dan menyumbangkan semua hasilnya itu ke rumah anak-anak yatim di Oklahoma, dan sejak itu lahirlah aktiviti amal “Lemonade for Love”.

Kebaikan hati A’layah telah menyentuh hati komuniti di kawasan tersebut. Ramai yang datang menghulurkan bantuan, menyumbangkan mainan dan barang-barang keperluan sehari-hari untuk kanak-kanak yang ditimpa bencana.

A’layah dan keluarganya akan mengumpulkan barang-barang tersebut, kemudian dimasukkan kedalam beg kuning lalu mengagihkannya kepada kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak.

Kebaikan hati A’layah telah diketahui oleh guru-guru sekolahnya. Seorang guru bernama Tiffany Robertson yang mengetahui kegiatan amal itu telah menulis surat kepada salah satu program TV “Pay It 4ward”, memberitahu mereka tentang pengumpulan dana amal tersebut.

Pihak stesen televisyen berkenaan telah memutuskan untuk menyumbang USD 400 dolar, agar A’layah dapat terus membantu kanak-kanak lain, sekaligus membantu A’layah mempromosikan aktiviti kebajikannya di televisyen.

Walaupun usia A’layah masih muda tetapi dia telah banyak membatu orang, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dia bijak mencari jalan untuk membantu orang lain. Pada usia ini kebanyakkan kanak-kanak asyik bermain dengan permainan video tetapi dia berbeza.

Dia memilih untuk membantu orang yang memerlukan. Pengalaman hidupnya benar-benar membuatkan dia lebih dewasa daripada umurnya yang sebenar.

Sumber:-Era Baru

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *