Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Anak Kucing Ini Dijahit Mata, Telinga & Hidung. Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Itu !!!

| March 3, 2017 | 0 Comments

Anak Kucing Ini Dijahit Mata, Telinga & Hidung. Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Itu !!! | Biarpun masih kecil dan tidak mengerti apa-apa, anak kucing berusia sebulan ini dijahit mata, telinga dan hidung oleh samseng jalanan dalam kejadian di Filipina.

 

Anak kucing yang dinamakan July itu ditemui oleh seorang pencinta kucing dalam keadaan buntu di satu lorong di Manilla pada 14 Februari.

Menurut Leonora Calamba, 41, kucing tersebut ditemui dengan keadaan mata, telinga dan hidung berjahit, dan ia berada dalam keadaan sukar untuk bergerak, sukar untuk makan dan hilang keseimbangan badan.

July dipercayai terseksa sedemikian rupa hampir seminggu.

Bagaimanapun, July kini sudah sembuh apabila Leonora mengambilnya pulang ke rumah dan memberi rawatan kepadanya dengan segera.

Menurusi video yang dimuat naik, July dilihat menjerit kesakitan ktika Leonora dan keluarga cuba membuang jahitan satu persatu.

 

Keadaan July ketika ditemui.

Leonora berkata: “Kasihan kucing ini. Sangat sukar untuk keluarkan semua jahitan. Dia menjerit kerana ia sangat menyakitkan.

“Tapi hanya cara ini yang boleh menyelamatkannya. Siapa yang menganiaya anak kucing ini sangat jahat, mereka perlu di hukum sebelum mengulanginya semula”.

Anak saudara Leonora, Jonil berkata dia percaya orang yang melakukan penyiksaan ini adalah orang yang gila dan July sudah berada dalam keadaan sedemikian selama seminggu.

“Apabila makcik saya ternampak July, dia terus mengambil dan menjaganya. Ianya sangat tragik. Kami menemui anak kucin gitu dengan jahitan benang di mata, hidung dan telinganya.

“Kami boleh menganggap orang yang sanggup melakukan perkara ini adalah orang gila. Siapa lagi yang sanggup melakukan kekejaman sedemikian rupa kepada kucing yang langsung tidak boleh mempertahankan diri ini?

“Kucing itu baru berusia dua minggu. Nasib baik kami terserempak dengannya di waktu yang tepat, atau tidak, ia tentu sudah mati” kata Jonil.

July kini sudah pulih tetapi kesan kekejaman itu masih boleh dilihat di telinganya.

July

 

July mesra bersama kucing jalanan lain yang dibela oleh Leonora

Sumber: Siakap Keli

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *