Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Akhirnya Wajah Siti Aisyah Suspek Kedua Yang Ditangkap DIDEDAHKAN Kepada Media !!!

| February 16, 2017 | 0 Comments

Akhirnya Wajah Siti Aisyah Suspek Kedua Yang Ditangkap DIDEDAHKAN Kepada Media !!! | PETALING JAYA: Media Indonesia mendedahkan butiran pasport suspek kedua yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Imej pasport itu yang disiarkan oleh portal Detik.news.com, menunjukkan maklumat tentang wanita bernama Siti Aisyah yang lahir pada 11 Februari 1992 di Serang wilayah Jawa Barat.

Berdasarkan maklumat pasport itu, Siti Aisyah memiliki dokumen tersebut pada 17 November 2014 dan tarikh luputnya pada 17 November 2019.

Gambar Siti Aisyah juga terpampang pada pasport tersebut dengan raut rupa seperti wanita Indonesia dan tidak bertudung.

Suspek ditahan polis Malaysia kira-kira pukul 2 pagi Khamis selepas diburu kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) pada Isnin lalu.

Menurut kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, suspek ditahan secara bersendirian tetapi beliau tidak mendedahkan lokasi penahanan tersebut.

Seorang lagi suspek yang memegang pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong, 29, ditahan pada Rabu ketika wanita itu keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pada pukul 8.20 pagi.

Thi Huong ditahan ketika cuba melarikan diri dengan menaiki penerbangan ke luar negara.

Sumber:-Mstar

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *