“Kalau Tak Pernah Beranak Baik DIAM” Wanita Ini Kongsi Kisah Ingin TIKAM Anak Yang Buat Ramai TERKEDU !!!

| February 6, 2017 | 0 Comments

“Kalau Tak Pernah Beranak Baik DIAM” Wanita Ini Kongsi Kisah Ingin TIKAM Anak Yang Buat Ramai TERKEDU !!! | “Kesian bayi tu, dan ibu. Kesian bayi tu nyawanya setakat itu sahaja. Dilahirkan dan dimatikan oleh ibu yang sama. But please, don’t judge her. Please don’t,” itulah ungkapan seorang netizen susulan insiden seorang ibu berusia 32 tahun megelar bayi perempuannya sehingga mati.

Dakota Dykia meminta orang ramai untuk tidak mengkritik wanita berkenaan kerana dia hanya mangsa ‘postpartum psikosis’ yang dialami oleh hampir setiap ibu yang baru melahirkan anak.

Menurut Dakota, perubahan hormon, kehilangan nikmat tidur serta kepenatan merupakan antara punca utama para ibu mengalami gangguan emosi. Lebih menyedihkan, keadaan masyarakat yang suka menuding jari kepada wanita mengandung jika mereka mengadu kepenatan.

“Kesian bayi tu, dan ibu. Kesian bayi tu nyawanya setakat itu sahaja. Dilahirkan dan dimatikan oleh ibu yang sama. But please, don’t judge her. Please don’t. Lebih-lebih lagi jika kau tu lelaki atau perempuan yang belum pernah melahirkan anak. You have no idea so don’t talk c0ck. Maaf saya betul-betul kecewa dengan sikap ignorance dan kedangkalan ilmu orang Malaysia.

Lelaki, saya tak nak tegur lah sebab apa yang anda buat dengan isteri, hanyalah zakar-oriented. Asalkan dapat sedap sudah. Tidak lah semua tapi kebanyakannya. Yang menanggung huru-haranya perubahan hormon, sakitnya badan membawa kandungan sehingga hilang nikmat tidur, yang bukan hanya setakat 9 bulan tetapi berpuluh tahun akan datang kerana risaukan anak-anak, adalah perempuan.

Tapi society tak mahu dengar perempuan mengadu letih atau meminta simpati. Katanya tak bersyukur dengan apa yang Allah beri. Bullshit!”

Dakota kemudian mengimbas kembali pengalamannya selepas bersalin dan memahami setiap perkara yang dilalui oleh si ibu itu, kerana dia turut pernah berdepan dengan situasi yang sama.

“Apa yang si ibu ini lalui, adalah sama seperti yang pernah saya lalui selepas melahirkan anak sulung saya. Perubahan hormon, pengecutan rahim, pembengkakan payudara, letih berhari-hari menahan sakit kontraksi dan bukaan yang digunting untuk melancarkan kelahiran, dan kemudiannya tak boleh tidur malam kerana menyusukan anak selang 2 jam.

Lebih memburukkan keadaan, ketika di dalam pantang, saya tak dibenarkan minum air. Seteguk cukup. Ini arahan bidan. Makan pula tanpa berkuah atau serat. Takut bentan katanya. Bila kurang minum air, badan mula jadi kering dan saya kena sembelit yang teruk. Tak cukup dengan itu, saya dilarang untuk lelap walaupun sekejap di siang hari. Letih lah macam mana pun, JANGAN TIDUR SIANG.

Hasilnya, saya mengalami post-partum depression. Otak mula masuk peringkat halusinasi, kekeliruan, depresi dan delusi. Duduk seorang diri dalam bilik, menangis. Suami pula terpaksa meninggalkan kami dua beranak untuk bekerja jauh. Sebulan sekali baru balik.

Setiap kali orang luar pegang anak saya, hati saya membuak-buak marah tapi tak mampu nak luah. Nak tunjuk pun tak boleh. Pendamkan sahaja. Saya ingat lagi apa yang saya kata di dalam hati ketika itu, “Yang kau orang sibuk-sibuk pegang anak aku, apahal?” Suara itu cukup kuat bergema di dalam kepala saya.

Tetapi, yang paling menakutkan sekali ialah, setiap kali saya pandang anak saya, saya tidak nampak bayi yang comel. Di fikiran saya, ini bukan anak saya tapi ini anak syaitan. Astaghfirullahalazim!

Walhal, anak inilah yang kami berdua sangat nantikan setelah 2 tahun mendirikan rumahtangga. Persiapan untuk menerima kehadiran bayi ini tidak ada kurangnya. Malah, barang-barang yang dibeli semuanya berjenama. Saya juga membeli beberapa buku mengenai kehamilan, parenting dan senaman selepas hamil. Persediaan yang cukup sempurna. Tetapi kenapa saya seperti menolak kehadiran bayi saya sendiri?

Beberapa kali juga saya terniat untuk mengambil GUNTING. Perasaan ingin menikam bayi saya cukup kuat. Berzikir saya berulang kali untuk sedarkan diri. Kalimah dengan nama Allah itulah yang menahan saya dari melakukan perkara yang tidak diingini. Tetapi perasaan itu tetap datang sesekali. Walaupun benci, saya tetap layan anak saya sehalus mungkin. Susunya, lampinnya, minyak telonnya, saya betul-betul jaga. Malah bayi saya sangat jarang menangis kerana saya tak pernah mengabaikannya. Sampai jiran menegur, “Kalau tak kerana lampin yang disidai kat luar, tak siapa tahu dalam rumah ni ada baby. Diam je anak kamu ye.” Ye, saya jaga sehabis baik supaya anak saya sentiasa selesa.” tulisnya.

Dakota kemudian memperoleh semangat selepas menonton rancangan Oprah Winfrey yang membincang isu postpartum psikosis. Banyak cara baharu yang diamalkan oleh Dakota dan pulih secara berperingkat.

“Hampir sebulan dalam pantang saya mula rasa penat bertarung dengan emosi dan hampir mengalah. Entah macam mana, Allah gerakkan hati saya untuk menonton tv pagi itu. Rancangan Oprah Winfrey Show. Topik yang dibincangkan ialah Post Partum Depression dan artis undangan yang dijemput ialah Brooke Shields. Beliau bercerita tentang apa yang dilaluinya sepanjang bertarung dengan penyakit ini. Apa yang beliau rasa, apa yang difikirkan, kenapa jadi begitu, dan siapa yang membantu.

MasyaAllah, inilah dia jawapan yang saya cari. Jawapan kenapa saya berperasaan buruk terhadap anak saya. Bukan kerana saya ini seorang ibu yang jahat, tetapi kerana faktor fisiologi, persekitaran dan psikologi.

Sejak dari menonton rancangan itu, saya mula okay. Saya dapat kawal diri saya sepenuhnya. Bila saya rasa nak makan nasi lemak, saya akan minta nasi lemak. Saya buat ikut keselesaan dan kemahuan saya. Walaupun ayah mertua saya membebel sebab katanya perempuan dalam pantang tak boleh makan pedas, saya tak peduli. Nanti saya buat yang bukan2, baru menyesal tak sudah.

Untuk kelahiran anak saya yang kedua dan ketiga, saya buat ikut cara saya. Nak makan, saya cari maklumat dulu. Sesuai atau tidak. Kalau okay, saya makan. Bidan hanya boleh bagi saya minum jamu tapi tak boleh larang saya nak minum air ke, nak makan buah ke. Yang penting, apa yang saya buat tidak memudaratkan anak saya.”

Nasihat Dakota kepada bakal ibu sekalian

“ Melahirkan seorang manusia ke dunia bukan satu proses yang mudah. Bukan sekadar teran dan tinggal.

Kepada para ibu yang sedang hamil, cuba elakkan dari memikirkan terlalu banyak perkara. Lebih-lebih lagi di facebook ni, banyak benar group bukan2 yang mengajar ilmu yang mengarut dan tak mendatangkan faedah. Jadikan moment ibu dan bayi sesuatu yang ringkas dan selesa. Ibu tenang, bayi pun sihat.

Pesanan untuk ayah? Tak payah kot. Lelaki bukan suka baca post panjang2. Kalau nak cium bau syurga, pandai2 lah depa jadi ayah yang sempurna.”

Sumber:- Fb Dakota Dykia

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *