Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bulan Pertama Kahwin Semua Okey, Kami Bergurau Senda. Masuk Bulan Ke2 Suami Buat Luahan Yang MENGEJUTKAN !!!

| February 6, 2017 | 0 Comments

Bulan Pertama Kahwin Semua Okey, Kami Bergurau Senda. Masuk Bulan Ke2 Suami Buat Luahan Yang MENGEJUTKAN !!! | Assalamualaikum. Mohon hide profile saya. Perkahwinan saya baru masuk 3 bulan. Permulaan berjalan seperti biasa, masa nak buat majlis, saya mintak untuk buat kecil-kecilan je maksudnya hanya nikah dan makan² tak perlu bersanding apa semua tapi suami saya nak bersanding, nak bergambar, berkompang. Saya turutkan sebab sebenarnya saya nak berjimat, nanti lepas kahwin lagi banyak nak guna duit.

Rezeki Allah bagi, suami lepas beli rumah, lepas sebulan kahwin, baru la kami pindah dan duduk bersama, diawalnya kami seperti biasa, hari² kami mcm biasa bergurau senda ketawa. Tapi masuk bulan kedua, suami tiba² luah apa yang dia pendamkan selama ni sejak kami bertunang lagi, dia cakap dia tak pernah sayang atau cintakan saya. Dia cakap dia kahwin ni pun terpaksa, sebab dia kasihan pada saya. Dia tak nak kecewakan orang tua kami. Masa tu Allah saja tahu hancurnya hati saya sebagai seorang isteri.

Saya sabar dan sabar, Esoknya dia balik kerja dia mintak maaf (lepas dia call mak dia sebelum balik kerja), dia cakap sebenarnya dia pun tak boleh kalau takda saya, dia suruh saya bagi peluang pada dia, dia nak buka buku baru. Saya telan semua apa yang dia luahkan, sebab saya sayangkan dia.

Saya cuba, saya maafkan walau pahit untuk saya telan hidup bersama dengan suami yang tak sayangkan kita. Allah saja yang tahu. Masuk bulan ke 3, hati saya rasa tak sedap. 1 hari, sebelum masuk tidur, hati saya kuat sangat nak tengok hp dia, Allah, luruh lagi sekali hati ni tengok dia mesej seorang perempuan bersayang seolah-olah dia mengejar perempuan tu. Saya tanya siapa, kenapa, apa semua ni, dia cakap perempuan tu cuma ex dia, ex yang dia bercinta masa kami tengah bertunang. Kesetiaan saya dibalas dengan begitu sakit. Kalau ex, kenapa masih cari perempuan tu sedangkan dia dah bergelar suami. Mana letaknya hati perasaan dan maruah saya sebagai isteri??

Jujur hati saya sangat sakit, saya terasa kosong. Saya keluar rumah, perkahwinan yang saya idamkan rupanya hanyalah mimpi. Saya setia, sayang dan cuba yang terbaik, tapi dibalas dengan begitu perit. Mampukah saya bersabar? Syaa luah apa yang terjadi pada akak ipar yang saya anggap lebih makan garam dari saya (bukan untuk aibkan suami, tapi saya perlukan sokongan), dia suruh saya bersabar, minta saya telan semua ni dengan redha. Cuba untuk lembutkan hati suami, buat lah sebaik mungkin untuk pikat suami.

Dari situlah saya jumpa kekuatan untuk hadap suami saya, dan masih bersama dengan suami saya untuk kami sama² perbaiki. Walau saya tahu, untuk hidup dengan orang yang tak sayangkan kita memang sangat² sakit. Tapi saya telan, saya yakin Allah akan beri kebahagiaan pada saya nanti. Walaupun sekarang, hati saya masih sakit mengenangkannya. Macam mana saya nak lupakan apa yang terjadi? Sedang setiap hari saya takut, mungkin takut kehilangan suami.

Sungguh kuat seorang isteri untuk memaafkan suaminya walau hati dia terguris luka pedih perit macam mana sekalipun. Walau segala kebaikan dia tertutup.

Untuk suamiku, saya tahu saya serba kekurangan, tak cantik, gemuk. Saya cuma ada kasih sayang dan cinta untuk awak sampai syurga. Doakan saya kuat untuk hari yang seterusnya sehingga nafas terakhir saya.

 Sumber:-KRT

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Rumah Tangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *