Faiz Subri DEDAH Teks Asal Ucapan Dan Kisah Semasa Di Pentas Yang Ramai TAK TAHU !!!

| January 10, 2017 | 0 Comments

Faiz Subri DEDAH Teks Asal Ucapan Dan Kisah Semasa Di Pentas Yang Ramai TAK TAHU !!! | PEMENANG Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk jaringan gol paling cantik 2016, Faiz Subri dikongsikan teks ucapan asal yang dibaca pada malam penganugerahan awal pagi tadi menerusi akaun Twitternya, @faizsubri13.

Faiz memberitahu teks inilah yang dicarinya dalam telefon bimbit beliau ketika di atas pentas Anugerah Puskas, awal pagi tadi.

Berikut merupakan teks ucapan beliau yang ditulis dalam bahasa Inggeris:

“Alhamdulillah, dengan keberkatan dari-Nya saya dapat merangkul anugerah FIFA Puskas ni, Jujurnya saya tidak pernah terfikir langsung untuk berada pada tahap di mana saya sekarang ni dan dapat berdiri di depan pemain-pemain bola sepak terbaik dunia.

“Semua jurulatih, rakan pasukan, kakitangan, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM), keluarga, rakyat Malaysia terutama sekali rakyat Penang serta peminat bola sepak di dunia.

“Kepada FAM dan FMLLP: Saya terhutang budi kerana menghantar video gol saya untuk proses penilaian. Terima kasih semua. Malaysia Boleh, Haria Penang Haria!” akhiri ucapan Faiz.

Faiz Subri dinobatkan pemenang Anugerah Puskas selepas memperoleh undian tertinggi sebanyak 59.25 peratus, mengalahkan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari pasukan Corinthians Paulista Sports Club (22.86 peratus) dan Daniuska Rodríguez dari pasukan bola sepak wanita Venezuela (10.01 peratus).

Selain Faiz, atlet lain yang memenangi anugerah adalah Chrstiano Ronaldo (Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Dunia), Carli llyod (Anugerah Pemain Wanita Terbaik Dunia), Radamel Falcao (Anugerah Pemain Cemerlang) dan pasukan Atletico Nacional dari Colombia (Anugerah Fair Play Fifa).

Jurulatih pasukan Leicester City, Claudio Ranieri pula dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Lelaki dan Jurulatih pasukan bola sepak wanita Jerman, Silvia Neid memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik Wanita.

 

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *