[VIDEO] Polis Cari Samseng Jalan Raya MENGAMUK Selepas Nyaris Berlaku Kemalangan !!!

| January 9, 2017 | 0 Comments

[VIDEO] Polis Cari Samseng Jalan Raya MENGAMUK Selepas Nyaris Berlaku Kemalangan !!! | Georgetown: Polis sedang mencari lelaki yang menendang kereta di Jalan Masjid Kapitan, Keling, di sini. Video lelaki itu viral di laman sosial. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid, berkata kejadian pada 11.30 pagi, 8 Januari.

Katanya, mangsa berusia 33 tahun yang memandu Proton Waja melalui jalan itu sebelum tiba-tiba motosikal dinaiki suspek memotong kenderaannya di sebelah kiri hingga hampir berlaku kemalangan. “Suspek yang berang dengan kejadian itu mengarahkan mangsa membuka cermin tingkap keretanya tetapi lelaki berkenaan enggan berbuat demikian.

“Dia (suspek) kemudian bertindak memukul cermin sisi kenderaan mangsa menggunakan topi kaledar. “Kejadian itu menyebabkan cermin sisi mangsa pecah serta patah dan dalam masa sama suspek mengeluarkan RM5 lalu membuang ke arah kereta pengadu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, lelaki itu terus bertindak menendang bahagian pintu pemandu dan penumpang sebelah kiri dengan kakinya beberapa kali sebelum mengugut mahu memukul mangsa. Mior Faridalathrash berkata, mangsa yang bimbang dengan keselamatannya terus memandu keretanya ke Balai Polis Central.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, kereta mangsa dan motosikal lelaki berkenaan beberapa kali bergeser sehingga menyebabkan suspek terjatuh. Katanya, ketika kenderaan mangsa berhenti di lampu isyarat depan bangunan 1st Avenue, suspek turun dari motosikal serta menendang bahagian belakang kereta.

“Beberapa orang awam yang berada cuba menenteramkan suspek sebelum dia terus beredar. Mangsa mengalami kerugian RM1,000 dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Katanya, polis sudah mengenal pasti penunggang motosikal itu yang menggunakan SYM bernombor pendaftaran PLX 7380. Menurutnya, polis sudah ke rumah rumah lelaki berkenaan tetapi dia tiada di rumah.

“Oleh itu, saya minta lelaki itu dapat menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Video yang dirakam:-

Sumber: HarianMetro

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *