Ron97 Lebih JIMAT Berbanding Ron95 ??? Ujian Dilakukan. Hasilnya Memang Buat Ramai TERKEJUT !!!

| January 9, 2017 | 0 Comments

Ron97 Lebih JIMAT Berbanding Ron95 ??? Ujian Dilakukan. Hasilnya Memang Buat Ramai TERKEJUT !!! | Soalan mengenai penggunaan bahan api mana yang lebih relevan, sama ada RON 95 atau pun mahu yang lebih berkuasa tetapi pastinya lebih mahal, RON 97, sering kali berlegar-legar. Apatah sejak kebelakangan ini, harga bagi kedua-dua bahan api terbabit tidak menentu. Ada masanya setiap bulan mengalami peningkatan harga, sesekali ia turun. Jadi persoalan tersebut sukar untuk dimuktamadkan bagi jawapannya.

Artikel ini mungkin dapat membantu anda, dua tahun yang lalu (dan ia masih relevan), paultan.org pernah mengadakan ujian bagi penggunaan RON 95 dan RON 97. Dengan menggunakan dua unit Volkswagen Polo Sedan dan dua unit Jetta TSI, kami memandunya memasuki pusat bandar Kuala Lumpur pada waktu pagi dengan keadaan jalan yang agak sesak, kemudian merentasi Lebuhraya Utara-Selatan sebelum memasuki daerah Tanjung Malim, Perak.

Jadi, kami dapat menentukan penggunaan kedua-dua bahan api terbabit, dalam pelbagai keadaan jalan. Sama ada di kawasan bandar yang sering kali sesak, di lebuhraya dan juga kawasan kampung.

Mengapa memilih untuk menggunakan dua kenderaan terbabit? Soalan ini, kami telah sediakan jawapannya, ia moden, memiliki enjin yang lebih berteknologi termasuk respons terhadap penggunaan bahan api bergred tinggi, serta dapat menguji enjin pengecas turbo dan membandingnya dengan enjin naturally-aspirated. Jadi kami dapat menguji kedua-duanya dalam masa yang sama.

Polo Sedan menggunakan penjana kuasa 1.6 liter MPI (multi-port injection) mewakili enjin tradisional, sementara enjin 1.4 liter pengecas berkembar (pengecas turbo dan supercharged), dengan motor TSI suntikan-terus pada Jetta turut terlibat dengan ujian bahan api ini.

Kami telah merancang perjalanan sejauh 230 km, termasuk ibu kota Kuala Lumpur pada hari bekerja biasa (pada waktu puncak), kemudian merentasi lebuhraya dan melalui jalan lama ke Tanjung Malim dan balik.

Dengan merentasi trafik yang begitu sesak, jalan yang adakalanya lengang, dan sibuk di lebuhraya, jalan yang agak sempit di kawasan kampung, semuanya kami lalui. Bagi kami, keadaan jalan yang pelbagai ini memang sesuai untuk melakukan ujian bahan api.

Sebelum memulakan perjalanan, kami mengosongkan tangki bahan api sebanyak yang mungkin, dan kemudian mengisinya semula sehari sebelum ujian dilakukan. Untuk mengekalkan keadaan kenderaan, tayar bagi setiap unit kereta juga telah dipam dengan jumlah tekanan yang dicadangkan.

Bagi ujian bahan api ini, kami telah melakukan tiga kaedah klik (berhenti sehingga nozel minyak berhenti secara automatik sendiri, kemudian ulang sebanyak tiga kali selepas selang 10 saat) dengan menggunakan stesen minyak yang sama.

Bermulalah perjalanan dengan satu unit Polo Sedan menggunakan RON 95, dan satu lagi RON 97. Begitu juga dengan Jetta yang digunakan.

Empat kenderaan ini bergerak secara konvoi sepanjang perjalanan. Malah kami juga sempat bertukar pemandu di pertengahan perjalanan untuk mengenal pasti kesan terhadap gaya pemanduan (dan berat pemandu juga). Malah larasan penghawa dingin juga ditetapkan bagi kedua-dua kenderaan ini.

Bagi ujian ini, kami lakukan ‘serealiti’ yang mungkin, jadi pemandu perlu mengikut aliran dan kelajuan yang biasa seperti pemandu yang lain, dan kekalkan jarak dengan kenderaan di hadapan terutamanya ketika berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, dengan kelajuan antara 100 hingga 130 km/j di laluan laku merentasi lebuhraya yang agak lengang. Ia agak realistik bukan?

Selepas mengakhiri semua laluan yang dirancang, konvoi telah merentasi perjalanan sejauh 236.7 km dengan keadaan pemanduan yang pelbagai. Setiap kereta telah diisi semula bahan api sekali lagi untuk menentukan proses yang disebutkan di atas (mengenal pasti kaedah tiga-klik, menggunakan stesen minyak yang sama) untuk menentukan jumlah sebenar bahan api yang telah digunakan.

Keputusannya adalah seperti berikut: Polo Sedan menggunakan RON 95 sejumlah 18.160 liter, sementara satu lagi menggunakan RON 97 dengan 17.612 liter. Angka itu menyamai 13.03 km per liter (7.67 l/100 km) untuk kereta yang menggunakan RON 95, dan 13.44 km per liter (4.44 l/100 km) untuk kereta yang diuji dengan RON 97. Ia menunjukkan perbezaan sebanyak 3.15% bagi RON 97.

Bagi Jetta pula, kereta yang menggunakan RON 95 mencatatkan 17.505 liter (purata 13.52 km per liter atau 7.40 l/100 km), berbanding RON 97 dengan jumlah 17.857 liter (13.26 km per liter atau 7.54 l/100 km). Perbezaan sebanyak -1.92% bagi RON 95. Keputusan ini turut memeranjatkan kami juga.

Rujuk jadual di atas untuk mengetahui keputusan akhir ujuan ini. Volkswagen Polo Sedan 1.6 MPI, dengan menggunakan RON 97 dapat memberikan bahan api yang lebih ekonomi sekitar 3.15%. Manakala bagi Jetta 1.4 TSI, melibatkan defisit yang lebih kecil iaitu sekitar 1.92% bagi bahan api bergred tinggi.

Bagaimana dengan faktor kosnya pula? Bagi RON 97 (kini RM2.40 seliter) dengan premium sejumlah 14.3% berbanding RON 95 (RM2.10 seliter). Walaupun ia melibaykan 5% margin, namun ujian inu menunjukkan bahawa bahan api yang lebih murah mampu membantu daripada sudut kewangan.

Walau bagaimana pun, seperti yang didakwa bahawa bahan api dengan RON yang lebih tinggi menawarkan prestasi enjin yang lebih bagus, namun keempat-empat pemandu uji ini tidak merasakan sebarang perbezaan terhadap kedua-dua bahan api tersebut. Jadi, konklusinya di sini, pemilihan sama ada mahu menggunakan RON 95 atau RON 97 adalah bergantung pada kemahuan serta bajet anda. Sumber:- Paultan

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *