Mulakan Mandi Daripada Kepala Penyebab STROKE ??? Ini Penjelasan SEBENAR Yang Ramai Salah Faham !!!

| January 2, 2017 | 0 Comments

Mulakan Mandi Daripada Kepala Penyebab STROKE ??? Ini Penjelasan SEBENAR Yang Ramai Salah Faham !!! | Pasti anda pernah membaca satu artikel di Fb atau di share di whatapps anda tentang cara mandi yang betul untuk mengelakkan strok ???. Artikel tersebut menyebut kaedah sebenar ialah memulai mandi dengan kaki dahulu sehingga ke atas untuk mengelakkan terjadinya stroke tetapi adakah ianya terbukti berkesan atau hanya mitos ??? Disini kami share satu artikel yang mengatakan ianya tidak terbukti boleh mencegah stroke dari sudut perubatan malah ianya juga bercanggah dengan kaedah mandi nabi Muhammad Sallallahualaihi wasallam.

Merungkai Mitos: Mandi terus bermula daripada kepala penyebab Stroke?

======================

Semalam tersebar satu artikel yang mengatakan stroke adalah disebabkan mandi yang terus bermula daripada kepala. Tetapi adakah perkara ini benar. Mari kita sama-sama bincangkan.

JENIS-JENIS STROKE

==================

Seperti yang kita ketahui stroke mempunyai 2 jenis iaitu:

1) Stroke yang disebabkan pembuluh darah tersumbat(Ischemic stroke)

2) Stroke yang disebabkan pembuluh darah pecah(Haemorhagic stroke)

Kedua-dua stroke ini menyebabkan kekurangan bekalan darah dan oksigen pada kawasan otak yang terjejas. Kawasan yang terjejas ini akan menyebabkan bahagian otak tersebut hilang kawalan terhadap organ yang mereka kawal. Jika ia melibatkan kawasan pergerakkan tangan dan kaki, maka ia menyebabkan lumpuh pada bahagian tersebut. Jika ia melibatkan kawasan mata, maka seseorang itu boleh buta.

Stroke selalunya melibatkan orang-orang yang mempunyai faktor risiko seperti:

1) Kencing manis

2) Darah tinggi

3) Merokok

4) Mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi stroke

5) Kolestrol yang tinggi

6) kurang bersenam dan banyak lagi

7) Tidak langsung melibatkan mandi yang bermula daripada basahkan kepala

PENJELASAN SECARA FISIOLOGI

=========================

Apabila saluran darah berhadapan dengan kesejukkan, ia akan mengecut. Bukan mengembang.

Contoh paling mudah kita lihat adalah apabila seseorang itu dalam kesejukkan, muka dan tangannya akan menjadi pucat seperti tiada darah mengalir ke bahagian tersebut.

Ini merupakan tindak balas fisiologi badan untuk mengekalkan suhu badan pada tahap yang normal. Iaitu salur darah akan mengecut terutamanya pada bahagian kulit dan menyebabkan kurangnya darah mengalir pada bahagian itu. Apabila kurang darah pergi ke bahagian kulit, perlepasan tenaga haba ke persekitaran dapat dikurangkan. Hasilnya seseorang akan kelihatan pucat disebabkan kesejukkan tersebut.

SEJUK TIDAK MENYEBABKAN SALURAN DARAH MENGEMBANG. TETAPI IA MENGECUT

===========================

UBUN-UBUN MEREMANG TANDA ANGIN KELUAR?

===========================

Di dalam post tersebut ada mengatakan setelah air dijirus kepada kaki dan bahagian badan, bulu roma di bahagian ubun-ubun akan meremang disebabkan angin daripada badan yang keluar.

Perkara ini pun boleh dijelaskan daripada aspek fisiologi dalam kawalan suhu badan. Tatkala, badan merasa kesejukkan bulu roma pun akan menegak/meremang. Bulu roma yang berada dalam keadaan tegak akan memerangkap haba dan mengelakkan daripada perlepasan haba yang banyak.

Ia bukan disebabkan angin yang keluar.

Selain daripada itu, kita juga ada mekanisma lain untuk mengekalkan suhu badan iaitu MENGGIGIL. Ketika perbuatan menggigil berlaku, otot badan akan mengecut dan meregang dengan lajunya supaya pembakaran kalori berlaku. Ini menyebabkan terhasilnya haba dan suhu badan dapat di kekalkan.

KEBANYAKKAN ORANG YANG TERKENA STROKE DI DALAM BILIK AIR?

===============================

Tiada bukti ataupun statistik yang menunjukkan majoriti pesakit stroke diserang stroke ketika di dalam bilik air. Ini kerana pengalaman saya berkerja menguruskan pesakit stroke belum pernah lagi terjumpa dengan orang yang terkena stroke di dalam bilik air.

Saya pernah jumpa pesakit yang kena stroke ketika sedang membawa kereta, sedang bersembang dan sedang berjalan. Tak pernah jumpa pesakit yang kena stroke di dalam bilik air.

Tetapi tidak dapat tidak perkara ini perlu dibukti dengan kajian dan ‘method’ yang betul. Sumber:-Root of Science

Jawapan berkenaan kaedah mandi nabi Muhammad Sallallahualaihi wasallam

Tidak disebut dalam mana2 Kitab Hadis Muktabar. Sebaliknya mandi junub Nabi yg direkodkan dalan banyak kitab2 hadis muktabar amat berbeza sangat dengan metod ini. Mandi junub Nabi pun baginda hanya memulakan dengan basuh tangan dan kemaluan, kemudian wudhuk, basuh kepala dan ratakan seluruh jasad dengan air dan diakhirkan dengan kaki.. bahkan ada ulama yang kiaskan cara mandi junub dengan mandi sunat yang lain seperti mandi hari jumaat dan mandi hari raya..”

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya.
(Riwayat al-Bukhari)

Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

“Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri.”

Kaedah diats xde dlm perubatan konvensional, ianya lebih kpd perubatan2 berteraskan homeopathy dan yg seangkatan dgnnya. Maka ajaran yg mengatakan mandi Rasulullah s.a.w. spt diatas bukanlah sunnah. Wallahu a’lam.

Sumber:-Bicara hadith MSO

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *