VIRAL Remaja Dakwa MBI Beri Keizinan Panjat “IPOH” Ini REAKSI MBI Yang MENGEJUTKAN !!!

| January 1, 2017 | 0 Comments

VIRAL Remaja Dakwa MBI Beri Keizinan Panjat “IPOH” Ini REAKSI MBI Yang MENGEJUTKAN !!! | IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan dakwaan sekumpulan remaja kononnya mereka mendapat kebenaran memanjat arca gergasi perkataan ‘IPOH’ yang menjadi viral dalam media sosial beberapa hari lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, berkata MBI akan mengambil tindakan mengikut undang-undang kecil vandalisme serta membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras mengikut undang-undang dikenakan terhadap kumpulan remaja berkenaan.

“Terdapat viral sekumpulan remaja yang melakukan aksi bahaya dengan memanjat ‘signboard’ IPOH. Adalah dimaklumkan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat ‘signboard’ itu kerana ia amat membahayakan nyawa pihak yang memanjat dan keselamatan pengguna jalan raya iaitu di Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.

FOTO remaja memanjat arca gergasi perkataan ‘IPOH’ yang menjadi viral dalam media sosial beberapa hari lalu.

“Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas beberapa keping gambar dalam Instagram dan portal beberapa hari lalu menunjukkan beberapa remaja memanjat dan melakukan pelbagai aksi di atas arca gergasi berkenaan.

Kumpulan remaja berkenaan kemudian mengucapkan terima kasih kepada MBI yang didakwa memberi kebenaran kepada mereka memanjat arca itu. Arca berkenaan didirikan di atas bukit beberapa tahun lalu sebagai petunjuk kepada pengguna jalan raya khususnya pemandu di Lebuhraya Utara-Selatan bahawa mereka sudah berada di kawasan Ipoh.

Zamri berkata, sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yang membabitkan perkataan ‘IPOH’ itu tumbang dan menimpa pengguna jalan raya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ia kemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu terbabit. Sumber:-Berita Harian

 

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *