Sambutan Maulidur Rasul Berasal Daripada SYIAH, Ini Fakta Sejarah Yang Ramai TAK TAHU !!!

| December 13, 2016 | 0 Comments

Sambutan Maulidur Rasul Berasal Daripada SYIAH, Ini Fakta Sejarah Yang Ramai TAK TAHU !!! | Sejak kebelakangan ini timbul polemik yang mengatakan sambutan maulidurrasul sebenarnya dipelopori oleh golongan syiah fatimiyyah dan merekalah yang pertama sekali yang membuat perayaan menyambut hari keputeraan nabi Muhammad. Jadi kami kongsikan sedikit sejarah berkenaan sambutan maulidur rasul yang tercatit dalam penulisan ulama dunia Islam.

Memperingati hari kelahiran (maulid) Nabi sudah ada sejak masa Nabi shallahhu ‘alaihi wa sallam sendiri. Yakni dari segi mengagungkan hari di mana Nabi dilahirkan dengan melakukan suatu ibadah yaitu berpuasa.

Ketika Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang puasa hari isnin, beliau menjawab :

 “ Hari itu hari aku dilahirkan, hari aku diutus atau diturunkan wahyu kepadaku “ (HR. Muslim)

Ini merupakan dalil nyata bolehnya memperingati hari kelahiran (maulid) beliau yang saat itu dirayakan oleh Nabi dengan salah satu jenis ibadah iaitu berpuasa. Dan ini merupakan fakta bahawa beliaulah manusia yang pertama mengagungkan hari kelahirannya sendiri dengan berpuasa.  Maka mengagungkan hari di mana beliau dilahirkan merupakan sebuah sunnah yang telah Nabi contohkan sendiri. Ini asal dan esensi dari acara maulid Nabi.

Kedua, Memperingati hari kelahiran (maulid) Nabi dengan pelbagai cara dan program sudah sejak lama diikuti oleh para ulama dan raja-raja yang soleh. Kita kupas sejarahnya di sini :

  1. Ibnu Jubair seorang Rohalah (lahir pada tahun 540 H) mengatakan dalam kitabnya yang berjudul Rihal :

“Tempat yang penuh berkah ini dibuka yakni rumah Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam, dan semua lelaki memasukinya untuk mengambil berkah dengannya di setiap hari isnin dari bulan Rabi’ul Awwal. Di hari dan bulan inilah Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan“

Dari sini sudah jelas bahwa saat itu perayaan maulid Nabi merupakan sudah menjadi tradisi kaum muslimin di Makkah sebelum kedatangan Ibnu Jubair di Makkah dan Madinah dengan acara yang berbeda yaitu membuka rumah Nabi untuk umum agar mendapat berkah dengannya. Ibnu Jubair masuk ke kota Makkah tanggal 16 Syawwal tahun 579 Hijriyyah.  Menetap di sana selama lapan bulan dan meninggalkan kota Makkah hari Khamis tanggal 22 bulan Dzul Hijjah tahun 579 H, dengan menuju ke kota Madinah al-Munawwarah dan menetap selama 5 hari saja.

  1. Syaikh Umar al-Mulla seorang syaikh yang soleh yang wafat pada tahun 570 H, dan sultan Nuruddin Zanki seorang pentakluk pasukan salib. Kita semak pendapat syaikh Abu Syamah (guru imam Nawawi) tentang dua tokoh besar di atas :

“ al-‘Ammad mengatakan , “ Di Mosol ada seorang yang soleh yang dikenali dengan sebutan Umar al-Mulla, disebut dengan al-Mulla sebab konon beliau suka memenuhi (mala-a) perbelanjaan para pembuat dapur api sebagai biaya makan sehari-harinya, dan semua apa yang ia miliki berupa gamis, selendang, pakaian, selimut, telah dimiliki dan dipinjam oleh orang lain, maka beliau sama sekali tidak pakaian dan sarungnya. Jika beliau memiliki sesuatu, maka beliau memberikannya kepada salah satu muridnya, dan beliau menyewa sesuatu itu untuknya, maka jika ada tamu yang datang, murid itulah yang menjamunya. Beliau seorang yang memiliki pengetahuan tentang hukum-hukum al-Quran dan hadits-hadits Nabi. Para ulama, ahli fiqih, raja dan penguasa sering menziarahi beliau, mengambil berkah dengan sifat kesemangatannya, mengharap keberkahan dengannya. Dan beliau setiap tahunnya mengadakan peringatan hari kelahiran (maulid) Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam yang dihadiri juga oleh raja Mosol. Para penyair pun juga datang menlantunkan pujian-pujian kepada Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam di perayaan tersebut. Sultan Nuruddin adalah salah seorang pecintanya yang merasa senang dan bahagia dengan menghadiri perayaan maulid tersebut dan selalu mengutus surat dalam kemaslahatan setiap urusannya “.

Ini juga disebutkan oleh al-Hafidz Ibnu Katsir dalam Tarikh pada bab Hawadits 566 H. al-Hafidz adz-Dzahabi mengatakan tentang syaikh Umar ash-Shalih ini : “

“ Dan sungguh telah menulis syaikh yang zuhud yaitu Umar al-Mulla al-Mushili sebuah tulisan kepada Ibnu ash-Shabuni, “ Orang ini meminta doa darinya “.

Adz-Dzahabi dalam kitab lainnya juga mengatakan :

“ Beliau (syaikh Umar) di bawah kekuasaan raja yang adil yang sunni itu Nuruddin Mahmud Zanki, yang para sejarawan telah ijma’ (sepakat) atas kebaikan agama dan kehidupannya. Beliaulah yang telah memusnahkan dinasti Fathimiyyun di Mesir sampai ke akar-akarnya, menghancurkan kekuasaan Rafidhah. Menzahirkan sunnah, membangunkan madrasah-madrasah di Halb, Hamsh, Damasqus dan Ba’labak, juga membangunkan masjid-masjid Jami’ dan tempat pengajian hadits “

Al-Hafidz Ibnu Katsir menceritakan peribadi raja Nuruddin Zanki sebagai berikut :

“ Beliau adalah seorang raja yang menegakkan hukum-hukumnya dengan keadilan yang baik dan mengikuti syariat yang suci. Beliau menampakkan sunnah dan mematikan bid’ah di negerinya. Beliau seorang yang banyak belajar kitab-kitab agama, pengikut sunnah-sunnah Nabi, akidahnya sahih, pemusnah kemungkaran dan pelakunya, pengangkat ilmu dan syariat “.

Ibnu Atsir juga mengatakan :

“ Aku telah mengkaji sejarah-sejarah kehidupan para raja terdahulu, maka aku tidak melihat setelah khalifah rasyidin dan Umar bin Abdul Aziz yang lebih baik dari sejarah kehidupannya (Nurruddin Zanki). Beliau mengagungkan syariat dan tetap teguh di dalam hukum-hukumnya “.

  1. Kemudian berterusan perayaan tersebut dilakukan oleh seorang raja soleh iaitu raja al-Mudzaffar penguasa Irbil, seorang raja orang yang pertama kali merayakan peringatan maulid Nabi dengan program yang teratur dan tertib dan meriah. Beliau seorang yang berakidahkan Ahlus sunnah wal jama’ah.

Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan :

“ Beliau adalah putra Zainuddin Ali bin Tabkitkabin salah seorang tokoh besar dan pemimpin yang agung. Beliau memiliki sejarah hidup yang baik. Beliau yang memakmurkan masjid al-Mudzhaffari….dan beliau mengadakan acara Maulid Nabi yang mulia di bulan Rabiul Awwal, dan merayakannya dengan perayaan yang meriah, dan beliau adalah seorang raja yang cerdas, pemberani, perkasa, berakal, alim dan adil –semoga Allah merahmatinya dan memuliakan tempat kembalinya-

Syaikh Abul Khaththab Ibnu Dihyah telah mengarang kitab berjilid-jilid tentang Maulid Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam yang dinamakannya “ At-Tanwir fi Maulid al-Basyir an-Nadzir “, lalu diberikan ganjaran atas usaha itu oleh raja sebesar seribu dinar. Tempoh pemerintahannya begitu panjang di zaman Daulah shalahiyyah.

As-Sibth mengatakan, “ Seorang yang menghadiri kegiatan raja al-Mudzaffar pada beberapa acara maulidnya mengatakan, “ Beliau pada perayaan maulidnya itu menyediakan 5000 kepala kambing yang dipanggang, 10.000 ayam panggang, 100.000 mangkuk besar (yang berisi buah-buahan), dam 30.000 piring berisi manisan “.

Adz-Dzahabi juga mengatakan tentang sifat-sifat beliau :

“ Beliau adalah orang yang rendah hati, sangat baik, seorang yang berakidahkan Ahlus sunnah, pecinta para ahli fiqih dan hadits, terkadang suka memberi hadiah kepada para penyair, dan tidak dinukilkan bahawa beliau pernah kalah dalam pertempuran “

Sejarah yang di nukilkan jelas menunjukkan yang para ulama dan pemerintah sunni pada zaman dahulu telah pun mengamalkan tradisi membuat sambutan maulidurrasul dan bukanlah sambutan ini berasal daripada golongan syiah seperti mana yang di salah fahami oleh sebahagian orang. Penulis asal:- Shofiyyah an-Nuuriyyah & Ibnu Abdillah Al-Katibiy

 

 

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *