Fizikal Buntat DIEJEK, Ibu Tampil Dedahkan RAHSIA Buntat Yang Ramai TAK TAHU !!!

| December 13, 2016 | 0 Comments

Fizikal Buntat DIEJEK, Ibu Tampil Dedahkan RAHSIA Buntat Yang Ramai TAK TAHU !!! | Kuala Lumpur: Ibu kepada pelakon kanak-kanak Muhammad Ariff Abdullah yang melakonkan watak Buntat dalam drama 7 Hari Mencintaiku tidak berkecil hati apabila ada pihak yang mengejek fizikal anaknya.

Rosdiana Mastura Abdullah, 29, berkata, anak sulungnya yang berusia 12 tahun itu mengalami disleksia yang hanya cenderung kepada perkara yang diminati sahaja. Menurutnya, Muhammad Ariff juga turut menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

“Fizikal anak saya memang seperti dalam gambar dan TV. Dia mengalami disleksia sejak berusia enam tahun lagi. Disebabkan itu dia lebih gemar melakukan apa yang dia suka saja. “Apabila mula bersekolah, dia ditempatkan di kelas pemulihan Bahasa Malaysia. Kekurangannya di situ sahaja, selebihnya dia seperi budak normal lain.

“Apabila ada segelintir pengguna laman sosial mengejeknya, saya tak terasa pun. Malah saya tak nak ambil kisah. Saya beranggapan mereka tak tahu keadaan sebenar anak saya,” katanya kepada Harian Metro. Rosdiana yang bertugas di Jabatan Kemas Kedah dan menetap di Jitra, Kedah lebih bersikap terbuka dan mengambil segala kritikan terhadap anaknya sebagai sesuatu yang positif.

“Saya tahu kelemahan anak saya, jadi apa saja persepsi yang dilemparkan kepadanya saya anggap ia lumrah dan perkara biasa dalam bidang ini. “Saya juga percaya tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Sebagai ibu saya mengajar anak untuk menerima setiap kritikan,” katanya.

Semalam watak Buntat menjadi perhatian dan ‘trending’ di laman sosial apabila wataknya itu meninggal dunia dalam drama berkenaan yang ditayangkan di slot Akasia di TV3, semalam. Sumber:-HarianMetro

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *