Dipukul Kerana Persoal Bayaran Parking. Ramai Yang Tak Tahu Pemungut Parking Boleh Diambil TINDAKAN !!!

| November 30, 2016 | 0 Comments

Dipukul Kerana Persoal Bayaran Parking. Ramai Yang Tak Tahu Pemungut Parking Boleh Diambil TINDAKAN !!! | 21 November lalu di Weld Quay seorang lelaki berumur 38 tahun dipukul dengan besi oleh lima penjaga parking haram. Mangsa yang dikenali sebagai Khor ni telah dipukul depan dua orang anaknya sehingga berdarah, mangsa yang berlumuran darah telah memandu sendiri ke hospital, kejadian tu menyebabkan Khor terima 30 jahitan di kepala.

parking

Mangsa yang mempersoalkan kewajaran membayar parking yang terpaksa dibayarnya kepada penjaga parking tersebut sedangkan beliau hanya meletakkan kenderaannya di bahu jalan. Walau bagaimanapun beliau terus dipaksa untuk membayar. Mangsa yang kemudian masuk ke dalam kedai untuk menukar wang kecil telah dipukul oleh 5 lelaki yang menjaga parking sebaik saja dia keluar dari kedai.

Sebelum ini kes yang sama berlaku melibatkan seorang lelaki berumur 52 tahun yang di pukul dengan topi keledar sehigga pengsan.

Dan dikatakan pendapatan yang boleh dijana oleh mereka yang mengutip bayaran parking haram ni dari RM1500 hingga RM1800 sebulan, jika kadar bayaran parking RM1-RM5 untuk sebiji kereta. Lumayan.

Maklumat yang diperoleh daripada laman blog CILISOS untuk memahami gejala ini dari sudut perundangan untuk masyarakat lebih bijak dalam membuat tindakan.

“Bergantunglah, kalau tanah tu milik peribadi takpe. Tapi kalau hak milik awam, saya yakin ada undang-undang yang boleh digunakan untuk kasi pihak berkuasa menjalankan tugas” – Fahri Azzat, 2016 (Peguam)

Kemudian, Fahri menyatakan Seksyen 50(3) Akta Jalan Raya. Telah tertulis bahawa sesiapa yang menunggu di tepi jalan atau tempat parking, untuk memaksa pemandu terima perkhidmatan menjaga atau mencuci kenderaan, atau memberi arahan kepada pemandu ke tempat parking, akan didapati bersalah.

Tambahnya lagi, Seksyen 112(1)(a) dari Akta yang sama berkata sesiapa yang terlibat dengan kesalahan di atas  boleh ditangkap tanpa menggunakan waran. Sambungnya lagi, Seksyen 112(1) dan (2) boleh digunakan untuk menghukum pesalah tersebut – denda tak melebihi RM2,000 atau penjara tak lebih 6 bulan. Untuk kesalahan kali kedua, denda tak melebihi RM4,000 dan penjara tak lebih setahun, atau kedua-duanya sekali.

Apa yang kita boleh buat untuk lawan jaga parking haram ni?

1.Katakan TIDAK kepada mereka (cara sopan santun).

2.Cari parking kat tempat lain.

3.Buat aduan kat JPJ atau polis

Sumber:-Soscili

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *