Cinta Selepas Nikah Memang Seronok, Tapi 8 Bulan Jer. Aku Sendiri TERPERANJAT Dengan Siapa Dia Curang !!!

| November 30, 2016 | 0 Comments

Cinta Selepas Nikah Memang Seronok, Tapi 8 Bulan Jer. Aku Sendiri TERPERANJAT Dengan Siapa Dia Curang !!! | Assalamualaikum semua, saya berkahwin dengan suami masuk tahun ke 2 tapi masih belum dikurniakan anak bersama. Perkenalan kami singkat je sebelum melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, keluarga kedua belah pihak akrab dan saya juga tiada masalah langsung dengan keluarga mertua mereka melayan saya dengan cukup baik.

gay

Saya & suami tidak tinggal bersama, saya di melaka manakala suami di Sarawak. Bercinta selepas nikah seronok memang seronok tambah-tambah bila jarang berjumpa rindu tu rasa membara. Tiap kali nak berpisah mesti ada adegan air mata, suami pun turut menangis kalau nak berpisah tapi tu cuma bertahan beberapa bulan sahaja. Masuk bulan ke 8 semuanya tak nampak macam dulu.

Sepanjang kahwin saya tak pernah campur tangan urusan kerja suami, barang-barangnya tak pernah saya usik hp dia saya tak pernah sentuh. Sebelum ni dia hanya gunakan hp biasa tapi sebab nak mudahkan berhubung, saya hadiahkan dia smartphone boleh whatsapp, wechat, videocall, hantar gambar tapi sampai sekarang saya tak tahu password hp dia.

Nak dijadikan cerita, naluri isteri ni memang kuat saya rasakan ada sesuatu yang tak kena bila mana dia tak bagi saya tengok hp dia. Bila dirumah hp mesti silent dan banyak lagi tindak tanduk dia yang membuatkan saya curious. Allah Maha Kaya, suatu hari saya terpandang semasa dia unlock hp jadi bila dia mandi saya tengok hp dia Allah saja tahu perasaan masa tu bila tengok mesej-mesej dia bersama seseorang bersayang-sayang, rindu merindu, jijiknya saya rasa bila tengok semua tu.

Suami saya ada hubungan lain dan pasangannya bukan wanita 😞 luluh hati saya Ya Allah. Pasangannya seorang lelaki sama sepertinya. Saya mohon penjelasan suami tapi dia hanya mengelak sekarang hati saya sangat terluka. Semua saya korbankan untuk dia tapi balasannya sangat meremukkan hati saya

Saya masih mohon petunjuk dari Allah atas semua ini bukan mudah untuk melepaskan dan tak mudah jugak untuk bertahan. Kat sini saya nak berpesan pada semua, akhir zaman ni banyak dugaan buat kita, org ketiga dalam hubungan tak semestinya berlainan jantina dengan pasangan kita. Jadi berhati-hati dan jagalah amanah (suami/isteri) kita sebaiknya. Kita saling tak mengenali dalam page ni tapi saya mohon doakan saya kuat dan dapat jawapan dari semua ni :’).. Terima kasih. Kredit:-KRT

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Rumah Tangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *