VIRAL Pegawai Jabatan Perhutanan Berlagak Samseng Ajak Pemandu Lori BERTUMBUK !!!

| October 30, 2016 | 0 Comments

VIRAL Pegawai Jabatan Perhutanan Berlagak Samseng Ajak Pemandu Lori BERTUMBUK !!! | SEORANG lelaki yang mengaku sebagai pegawai dari Jabatan Perhutanan dikatakan membuka ‘uniform’ (pakaian seragam) yang dipakainya sebelum mengajak pemandu lori untuk bertumbuk. Kejadian yang dikatakan berlaku di Lebuhraya MRR 2 sekitar Ampang itu turut dirakam dalam sebuah video.

jbt

Menurut laporan polis yang dibuat oleh pemandu lori, beliau ditahan oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal dengan nombor pendaftaran WA9105K ketika sedang memandu lori bernombor pendaftaran MN2869 pada sekitar jam 5:17 petang 27 Oktober 2016.

Salah seorang dari lelaki itu menjerit-jerit kepadanya meminta Dokumen Borang 8 Akta Perhutanan Negara 1984 (CKPB 204492).

Dalam keadaan lori berada di laluan jalan dan tidak boleh berhenti, salah seorang lelaki yang memakai uniform Jabatan Hutan berwarna hijau, membuka bajunya dan mengajak pemandu lori untuk bertumbuk.

Satu reaksi pelik dalam rakaman video yang tersebar, lelaki itu dalam keadaan tidak memakai baju turut marah apabila pemandu lori menggunakan perkataan ‘aku engkau’.

“Apahal aku engkau, aku engkau bro? Macam member pulak…” Katanya.

Lelaki itu dikatakan terus mengambil dokumen yang diminta dari pemandu lori selepas marah kelakuan dan gambarnya dirakam sambil memberitahu supaya mengikutnya ke Cheras jika mahukan kembali dokumen tersebut.

Pemandu lori yang merasa curiga bagaimanapun tidak mengikut lelaki itu sebaliknya memberhentikan lori di stesen minyak Petron yang berhampiran sebelum menghubungi majikannya.

Majikan mengarahkannya menghantar kayu yang dibawa di dalam lori sebelum beliau kemudiannya membuat laporan Polis di Balai Polis Daerah Klang Selatan. — EdisiRakyat.com, 28 Oktober 2016

Berikut rakaman video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *