Ini Jiran Yang Paling PELIK Aku Pernah Jumpa. Suatu Hari Aku nampak Dia Di Belakang Rumah Aku, Apa yang Dia Buat Sangat MEMALUKAN !!!

| September 4, 2016 | 2 Comments

Ini Jiran Yang Paling PELIK Aku Pernah Jumpa. Suatu Hari Aku nampak Dia Di Belakang Rumah Aku, Apa yang Dia Buat Sangat MEMALUKAN !!! | Assalamualaikum dan hai…Aku dan emak pernah jadi mangsa jiran yang berperangai pelik. Maaf pada pembaca, sebab cerita aku ni panjang. Kami duduk di tanah lot dan tanah kami terletak bersebelahan antara satu sama lain. Dorang duduk satu family. Ada suami, isteri, dan 6 orang anak lelaki. Yang selalu cari pasal, si suami tu la.

pokok

Dulu sebelum jiran aku duduk kat sini, kat sempadan tanah kami, mak aku ada tanam pokok limau nipis, pisang , asam belimbing dengan serai. Mak aku jenis tak kedekut. Kalau nak hasil pokok tu, ambik la. Janji, jangan la kau ambik semua sampai bila kitorang nak makan pun dah tak ada.

Tapi jiran aku ni kedekut tanah. Kalau daun pokok tu kering, gugur dan masuk tanah dia, dia akan sapu dan buang balik kat tanah kitorang. Kalau ada dahan atau pelepah yang menceroboh tanah dia walau 1 mm, dia akan potong dan campak ke kaki lima rumah kami. Dia seolah-oleh mengisytiharkan sebarang objek milik kami, haram masuk ke kawasan tanah dia. Tapi yang aku musykil, dia selalu ambik buah limau, belimbing, pisang dengan serai kami. Mak tak kisah pun. Mungkin tanaman kami yang masuk sempadan tanah dia mengganggu agaknya.

Dekat sempadan, ada ditanam jugak pokok rambutan kat tanah dia. Tapi kami tak pernah potong dahan atau campak balik daun-daun kering kat kawasan rumah dia.

Sekarang, semua pokok tu mak aku dah tebang. Sebab isteri dia mengadu, pokok pisang tu halang cahaya matahari kat tempat dia letak penyidai baju. Pokok limau dengan asam pulak, suami dia makin galak potong dahan pokok. Dahan kat kawasan tanah kami pun dia potong. Nak tegur pun tak boleh sebab dia buat kerja-kerja amal tu waktu kami tak ada kat rumah.

Ok, itu satu hal. Sekarang, bila pokok dah tak ada suami dia buat hal lain pulak.

Dia suka menyelinap kat kawasan rumah kami. Dah berapa kali aku nampak dia curi bunga kantan, daun pandan, daun limau purut, daun kucai, daun kunyit dan banyak lagi tanaman kat belakang rumah aku. Memang la mak aku tak kisah kalau orang nak guna buat masak. Tapi sopan la sikit. Mintak izin. Pokok tu bertuan. Ada orang tanam. Bukan magic tumbuh sendiri. Orang siram, orang baja. Oh ya, aku lupa nak bagitahu yang dia tak bertegur dengan family aku. Sebab masa raya beberapa tahun lepas, dorang satu family hantar baju untuk raya (mak aku tu tukang jahit) seminggu sebelum raya. Mak aku tolak sebab tak sempat nak buat. Tapi dorang tinggalkan jugak kain tu kat rumah aku. Malam raya, datang nak ambik baju. Mak aku kata tak buat pun lagi. Dan dorang marah-marah. Sejak dari hari tu, dorang tak tegur kami. Siap canang satu kampung, hasut jangn hantar baju kat mak aku. Sebab nanti tak siap.

Ada sekali ni, masa nak raya harga bunga kantan naik. Kalau tak salah nak dekat RM 10 sekuntum. Kat belakang rumah aku ada 5 kuntum. Masa tu, dia ingat tak ada orang kat rumah. Dia curi semua bunga kantan tu. SEMUA. Aku nampak masa dia tengah ambik bunga yang terakhir. Aku bukak pintu dapur dan tegur dia “Buat apa tu?dia cepat-cepat berjalan balik rumah dia. Mak aku nak buat laksa, terpaksa beli pulak bunga kantan kat kedai. Aku pergi rumah dia, bagi salam. Tapi dorang tak jawab. Memang menyakitkan hati.

Mak aku meniaga kelapa parut. Kat belakang rumah ada la stok kelapa dalam bakul. Aku dah dua kali nampak dia curi kelapa tu. Masa dia nak curi kali ketiga, aku sergah dia. Dia terjatuhkan kelapa dan lari balik. Aku ingat dah taubat. Rupanya, petang tu dia buat percubaan lagi. Aku terus keluar rumah, cekak pinggang dan tengok dia. Dia buat muka tak bersalah dan jalan balik. Aku terus angkat bakul kelapa tu, simpan dalam rumah. Biarlah dapur sempit pun. Daripada nak sedekah kelapa kat orang kaya. Kalau dengar dia bersembang, duit dalam bank ada berkepuk-kepuk.

Dia ni dah pencen. Dulu kerja kat ladang. Selalu jumpa kucing terbiar yang orang buang. Jadi dia selalu bawak kucing-kucing tu balik. Beberapa ekor daripada kucing dia, datang dan duduk bersemayam kat rumah aku. Mak aku bagi makan. Sebab kebajikan dia kat rumah jiran aku, tak terjaga. Suami bawak balik kucing, isteri pulak benci kucing. Sebab makan minum dah tak terjaga, lama-lama kucing dia pupus. Yang tinggal cuma kucing dia yang sekarang ni dah membiak kat rumah aku. Jiran keliling rumah dia pun, ramai yang bela kucing. Kucing liar pun banyak kat kawasan ni. Selalu ada berlonggok-longgok tahi kucing kat laman rumah dia.

Selalu aku perhati dari dalam rumah, dia suka kutip tahi kucing tu dan buang kat pasu bunga mak aku. Tak cukup dengan pasu bunga, serai tepi rumah tu pun jadi mangsa. Korang bayangkan, masa nak ambik serai nak masak tu ada berlonggok-longgok tahi kucing atas rumpun serai. Kadang-kadang, dia campak atas simen tepi rumah. Konon-konon kucing yang mmbuang kat situ. Yang kelakarnya, kalau kucing membuang kat atas simen, mana datang pasir selonggok dengan tahi. Aku bukan la nak menuduh. Tapi aku nampak dengan mata kepala aku sendiri macam mana dia sauk dan campak tahi kucing tu kat kawasan rumah aku. Belum campur kisah dia kencingkan pokok serai tepi rumah tu. Berapa puluh kali dah aku nampak. Itu yang aku nampak je. Yang aku tak nampak. Rumah tak ada jamban ke sampai kencing merata. Parit ada kot. Perlu ke serai jiran yang jadi mangsa. Pandai pulak tu, serai yang dia kencingkan tu dia tak pernah curi. Kalau nak curi, ambik yang suci. Yang tak kena kencing dengan tahi kucing.

Haritu mak aku baru tanam pokok limau kat belakang rumah. Tak kacau tanah dia dan bukan kat sempadan, masa nak basuh pinggan aku ternampak dia terbongkok-bongkok kat pokok limau tu. Bila aku pergi jenguk pokok tu lepas dia blah, aku tengok ada tahi kucing keliling pokok dengan atas cabang dahan pokok. Aku memang panas hati. Tak boleh ke buang tahi tu dalam parit je. Masa tu aku sorang je kat rumah. Bila aku nampak dia keluar naik motor, aku sodok balik tahi tu dan aku campak kat pokok peria dia. Biar dia rasa. Selama ni, apa dia buat kami diam je. Kali ni, aku dah tak boleh sabar.

Kucing aku semua membuang kat dalam rumah. Dalam toilet. Memang semua dah diajar membuang kat situ dari kecik dan alhamdulillah, semuanya taat. Kalau ye pun kucing aku membuang kat laman dia, kena pulangkan atas pokok jugak ke? Letak kat laman tu tak boleh? paling teruk pun kami terpijak atau terlenyek dengan tayar je.

Kalau aku nak ungkit, kucing ni asalnya dari rumah dia. Anak-anak kucing ni, asal keturunan dari kucing dia. Kucing-kucing ni langsung tak boleh pijak tanah dia. Habis dibaling kayu dengan batu. Pernah sekali ada anak kucing duduk tumpang ambik angin kat tangga rumah dia, disepaknya budak kecik tu sampai melambung. Demam seminggu anak kucing tu.

Aku harap sangat dia berubah. Umur dah lanjut. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung pun ada. Jangan la buat perangai macam budak sekolah rendah.” Kredit:- IIUMC

P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Lelaki

About the Author ()

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. ayu maslina says:

    jiran sy pn pelik mcm jiran awk,sampai sanggup racun kucing2 sy n jg curi ayam peliharaan kami..

  2. raff says:

    ada gak makhluk mcm nih..kelakar doe..umur je byk tp bodoh mcm budak2..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *