Proton Persona BARU. Inilah 17 GAMBAR dan SPECS Yang Buat Ramai Menyesal Beli BEZZA !!!

| August 13, 2016 | 2 Comments

Proton Persona BARU. Inilah 17 GAMBAR dan SPECS Yang Buat Ramai Menyesal Beli BEZZA !!!| BY CARETA MY. Petang tadi Proton telah mengadakan acara “media preview” di mana lebih dari 30 orang pengamal media dibawa untuk melihat Persona 2016 dan kemudian memandu uji model tersebut di litar ujian Proton.

1

Kami juga diberikan gambar-gambar “kawalan” dan hanya dibenarkan untuk menggunakan gambar-gambar rasmi tersebut. Apapun, Careta rasa ia lebih dari mencukupi kerana gambar-gambar “spyshots” sudah banyak tersebar. Biarlah gambar penuh digunakan selepas perasmian rasminya nanti.

Di bawah ialah info yang kami dapat kongsi hasil dari perjumpaan tadi.

1. Ia menggunakan enjin 1.6L VVT, tiada varian 1.3L.

2. Ada tiga varian – 1.6L Manual Standard, 1.6L CVT Standard dan 1.6L CVT Premium. Aksesori yang ada semasa pelancarannya nanti ialah bodykit.

3. Ia meminjam platform Proton Iriz, tetapi pelbagai perubahan dilakukan untuk memastikan Persona ini lebih sesuai sebagai kereta keluarga serbaboleh

4. Seperti dijanjikan, kadar Noise, Vibration and Harshness (Bunyi, Gegaran dan Kekasaran) telah diturunkan, menjadikan ia model Proton paling “refined” (diperhalusi). Tidak melampau sekiranya Careta katakan ia adalah tanda aras terbaharu dari Proton.

5. Untuk mengurangkan NVH, pelbagai cara dilakukan. Antaranya, “mounting-point” atau pemegang enjin dikurangkan dari empat kepada tiga dan talaan yang rapi digunakan dengan bantuan alat seperti torque rod di bawah enjin. Hasilnya, gegaran memang dikurangkan

6. Talaan pada sistem software transmisi juga dilakukan agar semasa pecutan, kadar peningkatan kelajuan enjin (RPM) dikawal supaya ia lambat untuk menghampiri “red-line”. Kerana itu, ia tidak lagi rasa bingit dan memekak seperti di dalam Iriz, Preve atau Suprima S.

7. Alatan “romantic” pada sebuah kereta ialah stereng, tuil gear, batang handbrake dan pedal kaki kerana kesemua itu akan sering disentuh oleh tangan dan kaki kita. Oleh itu, ia tidak boleh terasa murah dan Careta rasa ramai akan bersetuju nanti bahawa keempat-empat komponen tersebut sudah lebih refined dan kurang gegaran. Malah, barulah kita boleh katakan Proton sudah setanding dengan buatan lain, mungkin lebih baik.

8. Kabin dalam bahagian depan memaparkan tema dwi-tona (dual tone) di mana bahagian bawah papan pemuka dan konsol tengah di antara dua tempat duduk hadapan datang dengan warna kelabu cerah, sementara bahagian lain kekal hitam. Hasilnya, ia nampak luas!

9. Dimensi luaran Persona 2016 sebenarnya lebih kecil dari Persona sebelum ini (yang diasaskan dari Gen2). Tetapi, ruang dalaman lebih besar dan ia lebih praktikal.

10. Walaupun kecil, ruang but Persona 2016 ialah 510 liter, jauh lebih besar dari saiz but terdahulu pada 470 liter.

11. Hasil dari pengurangan saiz tersebut, Persona 2016 ini 10 peratus lebih menjimatkan dari Persona lama (versi automatik/CVT). Untuk varian manual, Persona baharu ini 13 peratus lebih menjimatkan.

12. Persona 2016 mempunyai lampu ECO pada konsol meter untuk membantu pemandu memandu dengan cara yang menjimatkan bahan bakar.

13. Enjin 1.6L VVT dari Iriz ini ditala semula untuk kelancaran hantaran tenaga yang lebih santai, tetapi masih sporti.

2
3

14. Penggunaan bahan api oleh Persona 2016 ialah 5.6L/100 km, pada kelajuan malar 90 kmsj

15. Persona ini lebih cepat! Pecutan dari 0 – 100 kmsj untuk Persona 2016 ini pula ialah 10.9 saat, Persona sebelum ini memerlukan 12 saat untuk mencapai kelajuan 100 kmsj.

16. Ujian yang Careta pernah lakukan dengan Persona 2016 dalam satu sesi rahsia bersama pihak R&D tempohari ialah ia mampu mencapai kelajuan melebihi 180 kmsj.

17. Persona 2016 menggunakan brek belakang dari jenis dram. Walaupun begitu, ia mampu berhenti lebih cepat dari Persona lama yang menggunakan brek cakera pada keempat-empat roda. Dari ujian Proton, Persona 2016 memerlukan jarak 41.4 meter untuk berehnti dari 100 kmsj ke 0 kmsj. Persona dahulu mengambil jarak sejauh 44.6 meter.

18. Sistem gantungan Persona 2016 sama dengan Iriz, iaitu pegas MacPherson di hadapan dan pegas torsion (torsion beam) di belakang. Berbanding dengan Persona lama yang menggunakan sistem multi-link di belakang, Persona 2016 masih mampu memberikan pengendalian yang lancar dan stabil.

19. Sistem ESC dan Traction Control ialah alat keselamatan standard pada semua varian Persona 2016.

20. Sistem ESC atau Electronic Stability Control oleh Persona ini dibuat dengan usahasama syarikat teknologi Jerman terkenal, Continental. Tidak seperti model-model lain di dalam kelasnya, Persona 2016 menggunakan sistem ESC dua peringkat – pengurangan tenaga dari enjin dan sistem brek. Hasilnya, ia jauh lebih “senyap” dan tidak menyentap apabila ESC masuk dan mengawal kenderaan. Kebanyakan kereta pada peringkat ini menggunakan ESC kawalan brek yang memberikan kejutan dan sentapan agresif bila ia bertindak.

21. Walaupun sistem ESC pada Persona 2016 boleh ditutup secara manual dengan menekan butang ESC, ia akan bertindak untuk “on” atau hidup semula apabila kelajuan melebihi 120 kmsj. Dahulu, pada Iriz, Preve dan Suprima S, sistem ESC tidak akan “on” semula sehingga melangkaui batas 150 kmsj.

22. Menurut Mohd Azizi Abu Hashim, jurutera yang diberi tanggung-jawab untuk pengendalian (ride and handling) Persona 2016 ini, fokus sistem gantungan pada Persona 2016 ialah sesuatu yang menyeronokkan, dan tidak terlalu agresif seperti Iriz kerana Persona mempunyai julat pengguna yang lebih matang.

23. Persona 2016 termasuk di dalam kategori sedan segmen B. Walaubagaimanapun, Careta menjangka harga Persona 2016 ini lebih mirip kepada Perodua Bezza 1.3L. Ini bermakna, harganya dalam lingkungan RM46,000 hingga RM57,000.

24. Lampu hadapan Persona ialah jenis halogen biasa dengan reflektor yang sesuai.

25. Meter pada konsol dashboard juga sudah berlainan kerana sudah ada lampu Eco yang akan memberitahu pemandu bahawa gaya pemanduan beliau menjimatkan minyak.

26. Semasa ujian, rata-rata pengamal media bersetuju Proton sudah mencapai tahap “refinement” yang setanding dengan pemain antarabangsa yang lain dalam harga julat sama yang lebih tinggi. Dari segi pengendalian, semua yang mencubanya terasa terkejut dengan penegdalian neutral dan bersahaja oleh Persona 2016. Di ajak bermain, ia mengikut. Di ajak duduk, ia jinak. Di ajak bersantai, ia menurut.

27. Persona baharu ialah sebuah model yang direka dengan cara hidup orang Malaysia, tidak kira bangsa ataupun budaya dan agama.

Anda sudah boleh mula menempah Persona 2016 ini di pusat jualan Proton. Pastikan resit rasmi diterima dan sama-sama kita tunggu 23 Ogos nanti di mana Persona ini akan dilancarkan kepada dunia. KREDIT CARETA MY.

4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Ramakrishnan a/l Kunjambu says:

    Should have built in DAYLIGHT into the headlights, baru nampak changkik(beautiful),factory fitted.Now it looks normal like all other cheap budget cars.

  2. IQ-ram says:

    Dah habis baca dah artikel ni, xmenyesal pun beli beZza…

    Harga jauh bezZaaa.. Penjimatan Minyak BezZa pun jauh beZzaaa… Hahaha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *