Gadis Umur 27 Tahun NEKAD Tak Mahu KAHWIN. Inilah Yang Ayahnya Lakukan Sampai Gadis Ini NEKAD !!!

| July 9, 2016 | 0 Comments

Gadis Umur 27 Tahun NEKAD Tak Mahu KAHWIN. Inilah Yang Ayahnya Lakukan Sampai Gadis Ini NEKAD !!! | Aku linda, bukan nama sebenar, masih bujang. Umur aku 27 tahun ni dan dah bekerja. Dulu aku excited sangat nak kawin, sangat excited, sampaikan tak kisah siapa bakal suami aku, pada aku, asalkan dia terima aku, itu dah cukup.

trau

Tapi sekarang, pendapat aku berubah 360°, aku tak percaya lelaki, aku benci perkahwinan, sebab ayah aku…

Aku anak sulung, aku yang menjadi saksi kekejaman ayah dekat mak, ayah tak mampu tapi tetap nak kawin lain sebab nak anak. Anak kandung. Aku anak angkat.

Ayah kawin masa aku umur 17, menangis mak aku masa dapat tau, itupun sebab mak terbaca sms dari kawan ayah yang ucap tahniah dapat anak lelaki. Lagi 3 hari nak raya. Dan sungguh suram raya kami tahun tu.

Mujur mak kerja, ada duit sendiri, sebab gaji ayah memang tak cukup, lepas aku habis belajar, ayah berhenti bagi mak nafkah, sebabnya mak tiri aku yang pegang duit dia.

Mak banyak kali minta ayah ceraikan dia, tapi ayah taknak, mak tanya kenapa, sayang mak ke? Tapi jawapan ayah buat hati aku hancur, apatah lagi mak, kan?

Ayah cakap sebab tanggungjawab, mak sedih ayah tak hargai pengorbanan mak, bukan mak minta banyak, ayah cakap sayang pun mak dah happy.

Mak sayang ayah, aku suruh mak minta fasakh pun mak taknak, aku sakit hati tengok ayah gunakan mak. Nafkah tak bagi malah mintak lagi kat mak.

Aku ni bukanlah kaya, sederhana je, harta takda, rupa biasa, aku hidup berdikari, tak bergantung pada sesiapa. Alhamdulillah. Aku takut nanti, bila aku kawin, suami ambil kesempatan pada aku, sekarang ni aku tengok lelaki yang berkualiti makin pupus.

Ada pendidikan tapi malas usaha, tahu makan tidur, kerja memilih, bila ada sijil, taknak kerja kuli, nak kerja ofis, bila tak puas hati, senang je berhenti kerja. Tak bertanggungjawab, tak fikir keluarga, sangat pentingkan diri.

Aku tak tahu penyakit apa tapi aku takut, aku dah penat hidup susah, sekarang aku boleh beli apa aku nak, aku takut bila dah kawin aku dapat suami yang tidak bertanggungjawab, aku tak minta kesenangan dunia, tapi biarlah yang menyenangkan hati.

Apalah sangat kudrat seorang perempuan, lepas tu dapat gaji kena ganti tempat suami, suami tak ambil tahu hal nafkah. Aku takut. Aku tak kuat macam mak. Aku sanggup tak kawin. Aku bukan materialistik, aku taknak di ambil kesempatan.

Wujud lagi ke lelaki yang berhempas pulas, membanting tulang empat kerat untuk sara keluarga? Wujud ke? Atau hanya ada lelaki yang tahu mengayat, mengenyit mata dan ada hati nak kawin empat? – food lover via IIUM.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *