Lepas Maghrib Mak Tiba2 CEPAT Berlari Tengok TV. Aku KAGET. Ini Puncanya !!!

| July 4, 2016 | 0 Comments

Lepas Maghrib Mak Tiba2 CEPAT Berlari Tengok TV. Aku KAGET. Ini Puncanya !!! | Tadi lepas magrib mak aku cepat2 berlari gi tengok tv. Tak, bukan nak layan berita tv3 tu, tapi nak tunggu orang umum bila raya. Tak bukan, bukan dia excited nak raya cepat2. Cuma jauh dari lubuk hati dia supaya raya tetap hari rabu.

1

Aku hanya mampu tersenyum je tengok gelagat mak aku. Yelah, tiap tahun kot dia je sorang2 yang selalu berharap raya akn lambat sehari. Kalau boleh dia nak puasa tu lebih dari 30 hari. Huhu. Nasib le. Nak tahu kenapa? Sebab hati mak aku tak tenang sebabnya baju2 raya orang tak siap lagi. Hahaha. Yelah kan, mak aku tailor sejati. Dari sekolah lagi dia jadi tukang jahit, sampai la sekarang lepas pencen dari jadi cikgu.

Kdg2 aku rasa kelakar bila tengok mak aku. Sebab muka dia nampak cool, tapi hati dia bergelora nak siap kan baju orang. Nasib baik esok tak raya, kalau tak, jiran depan rumah aku tak raya lah sebab baju dia mak aku baru nak jahit esok pagi. Huhu.

Baju raya aku and mak aku pun dia tak sempat jahit sebab utama kan customers punya dulu. Tapi aku paham. Dah besar kan, takkan nak paksa2 mak aku. Kesian dia. Kalau dulu masa kecik, aku nangis2 jugak bila baju tak siap. Kalau siap pun, siap pagi raya beb. Tu pun, kain baju kurung tu kena ikat dengan tali wehh sebab mak aku tak sempat nak letak getah. Redo je la aku pakai senget2 pun as long as boleh raya. Huhu. Pernah masa aku form 1, ada majlis raya kat sekolah. Aku dah cakap kat mak aku awal, tapi bila tiba hari majlis tu, korang tahu ape kena dengan baju aku? Huhu, baju aku 70% je siap. Leher baju berbulu, kain xde getah kena ikat dengan kain, butang pun takde. Hahahaha. Nasib baik aku survive sampai tengahri.

Yang nak raya rabu ni pun, baju raya aku tahun lepas mak aku jahit dulu. Tapi massive respect aku kat mak aku dan tukang2 jahit kat malaysia ni. Sebab berjaga malam nak siap kan baju orang, nak kena puaskan citarasa orang lagi, nak2 lagi kalau ada customers yang jenis hantar semalam esok dah tanya siap ke belum. Huhu.

Bila dah besar ni, ada le jugak aku tolong mak aku jahit baju sikit2. Takpun masakkan makanan utk berbuka so mak aku tak payah spend time berperang kat dapur.

Bagi sesiapa yang anak tukang jahit, mungkin kite senasib. Ape2 pun, aku respect gila kat mak aku sebab bertungkus lumus nak puaskan hati pemilik baju2 raya. Ape2 pun, selamat hari raya in advance korang semua. Yang anak tukang jahit baju raya tak siap tu, jangan sedih2 k, inshaAllah lepas raya siap le tu. Tak pun tunggu je le tahun depan. – anak tukang jahit via IIUM.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *