Inilah Status TERAKHIR Prof Izzi Di Twitter Yang Seperti Tahu Dia Akan PERGI…..

| June 25, 2016 | 0 Comments

Inilah Status TERAKHIR Prof Izzi Di Twitter Yang Seperti Tahu Dia Akan PERGI….. | Pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali yang lebih dikenali dengan nama Prof Izzi telah kembali bertemu Maha Pencipta pada jam 12.45 tengah hari semalam.

1

Allahyarham yang terkenal dengan tagline “Renung-renungkan dan selamat beramal” itu dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit strok yang dihidapinya.

Memetik laporan Sinar Online, anak saudaranya Abdul Muein Abadi, 28, telah mengesahkan berita pemergian arwah ini.

“Beliau (Allahyarham) telah diserang strok seminggu yang lalu.

“Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu,” katanya.

Memetik tulisan Masjid Syarifah Fatimah (Masjid Kemunting), Jitra, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid berkenaan pada petang ini sebelum di bawa pulang ke Terengganu.

Allahyarham sebelum ini telah dilaporkan jatuh ketika selesai Solat di Masjid Al A’la pada 13 Jun lepas seterusnya dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah dan disahkan mengalami Strok.

Di dalam laman Twitter milik Allahyarham Prof Izzi, pada hari pertama Ramadhan lalu beliau telah berkongsikan sekeping gambar orang meninggal dunia dengan kepsyen berbunyi

2

“Kematian di hari pertama Ramadhan. Walau Ramadhan akan ditempuhi tapi blum tentu melaluinya.”

Namun tidak disangka itu tanda Prof Izzi akan pergi selamanya.

Kembalinya Allahyarham di hari Jumaat di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah satu petanda yang baik, semoga sentiasa di dalam Rahmat Allah swt.

Allahyarham juga merupakan seorang pensyarah Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). – KREDIT SINAR HARIAN.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *