Dulu Kawan Lelaki Ni Suka PICIT Kaki Dia Setiap Waktu Subuh. Hasilnya Sekarang Sangat MENAKJUBKAN !!!

| April 6, 2016 | 0 Comments

Dulu Kawan Lelaki Ni Suka PICIT Kaki Dia Setiap Waktu Subuh. Hasilnya Sekarang Sangat MENAKJUBKAN !!! | KREDIT FB REZA ZAINAL. Dekat rumah saya ada satu bahagian jalan dimana jalannya selalu berlopak. Yg peliknya jalan lain tak berlopak. Isteri saya suatu hari memberi pendapatnya setelah selalu mendengar rungutan saya..

1

‘Jalan berlopak sebab pokok..’

‘Huh..?’

‘Pokok akan menitiskan bukan sahaja air hujan tetapi embun keatas jalan. Titisan air walaupun ringan akan meninggalkan kesan pada jalan. Lama kelamaan jalan akan berlopak. Tengok jalan yg tiada pokok, mana ada lopak. Daun pada pokok yang membuat jalan berlopak..’

There you go.

Mengingatkan saya pengalaman saya di universiti.

Saya bukannya alim sangat sewaktu belajar, infact macam setan ( alamak…sekarang pun tak alim).

Arwah Razali yg duduk sebelah bilik saya pulak sangat alim.

Tetapi bukan alim yg syok sendiri. Kalau saya panggil dia dengan panggilan ‘Lebai’, dia menunjukkan raut muka yang tidak suka panggilan itu.

Arwah ni pelik sikit perangainya.

Dia suka kejut saya sembahyang subuh dengan memicit perlahan hujung kaki saya.

Tidak seperti ada seorang senior syok alim yang suka mengendang-gendang pintu supaya orang bangun subuh.

Tarbiyah gangster, lawak saya pada kengkawan lain mengenai senior itu.

Boleh dikatakan 85% percubaan arwah Razali gagal kerana saya akan pura-pura bangun dan selepas Razali keluar, saya sambung tidur.

Arwah tahu trick saya tetapi dia tak berputus asa.

Trick saya selalu gagal semasa solat Isyak.

Razali akan duduk dalam bilik saya dan mengajak saya pergi surau.

Walaupun azan sudah 3 minit habis berkumandang, Razali akan tunggu saya.

Jadi, saya kena jugak pergi surau dan sembahyang berimam.

Kalau saya malas, saya akan pastikan saya tiada bilik masa azan Isyak.

Kolej saya semasa makan malam tahunan ada acara menari.

Arwah Razali pun pergi tapi dia tak menari.

Saya pulak berbeza. Tak payah huraikan disini ok.

Tetapi arwah Razali tidak pernah melihat saya dengan mata yang serong yang menghukum.

Selalu bagi saya nasihat.

Salah satu nasihat dia yg melekat pada hati saya adalah..

‘Reza..pergi Mekah atau Madinah dan solat kat masjid sana dapat ratusan atau ribuan ganjaran pahala. Tetapi kalau seorang itu istiqamah dan membuat amalan yang ikhlas dan mengajak orang lain pada kebaikkan. Hanya Tuhan sahaja yg menetapkan had ganjaran pada orang itu…’

So itulah cerita Reza budak Setan dan arwah Razali yg lembut dan istiqamah.

Nak cakap saya berubah menjadi Razali adalah tidak benar.

Tetapi saya dah berubah dan melihat ugama dlm kaca-mata yang berbeza setelah mengenali arwah.

Ini semua kerana orang yg merubah saya menggunakan cara yang lembut dan istiqamah.

Kalau jalan yang keras boleh berlopak, inikan pulak hati manusia. KREDIT FB REZA ZAINAL.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *